Monday 31 December 2012

Bebas 2012 Berani 2013

bukan salah masa
mahupun tahun yang dikira
cuma perasaan yang membuka rasa
2012 telah ditempuh aku
persediaan menempuh 2013

takkan berpaling ke belakang
01012013 membuka bilangan
aku aku tawan sampai ke 31122013
janji yang pasti membawa erti

mengubah tak semestinya berubah
menukar tidak lagi bertukar
yang diharap agar lebih berikhtiar
moga menjadi ikhtibar

mungkin pahit sebelum
semestinya manis selepas
kuasa yang Maha Pencinta
Maha Mencipta

Thursday 20 December 2012

Kata Berbara Hasad

Dekat jangan sekali rapat
jauh mungkin lebih erat...

Sekali aku terasa akan bara
pasti roh hati berkata bisa
namun aku memberi percaya
mungkin mereka berlainan cerita

sedetik aku terfikir
terdengar dan terlihat akan kata mereka
sebelumnya tidak berbau hasad
tidak pula sepanas bara
sekarang semua berubah
bukan ombak merubah pasir seperti biasa
tapi bodoh yang merubah pendirian mereka

Sinis pada zahir tidak bermakna ia tidak bererti
kadangkala ia boleh membawa mati
mati bukan pada nafas
tapi mati akan harapan yang tertanam

tidak pernah puas dengan apa yang ada
cuba membunuh untuk yang tiada
asalkan jiwa puas menggenggam mahkota

itulah adat manusia
bendul jangan disangka lurus
bodoh jangan disangka lemah
selagi bernama manusia
hati tidak terlepas daripada sesat...

Masa: 12:10 pg
Situasi: lepas penat sediakan material utk Final Exam
Tempat: dalam bilik asrama

Rowin Berahim 2012 


Sunday 16 December 2012

BELANGKAS BODOH

A jalan ke kiri B jalan ke kiri
A lari setempat C lari setempat
berhenti sekejap menunggu D, E.... yang datang untuk melekat
itulah belangkas yang sangat tak bertempat

apa yang tertulis lebih teruk dari yang bertulis
lebih bodoh hendak memilih tetapi berangan menjadi yang terpilih

perangai menyokong fakta
nota yang pasti bergetar
pandai berbicara untuk berputar
tapi akhirnya diri sendiri yang berbelit
digabung semua menjadi putar belit si getar

tengok muka semua memang suci
mengalahkan jiwa yang kelam
bila berangkai mereka memang berakal
tapi bodoh juga pengakhir jalan

cukuplah hanya sekali
semoga otak meleraikan hati
memang bagus untuk bersama
namun jangan sampai bergelar BELANGKAS BODOH

*khas buat mereka dan dia...

Sunday 30 September 2012

Bangkai Neraka

Nama dia bukan Ah Meng tapi Abu
kekasih dia bukan Dewi tapi Minah
tapi bila mereka berkata cinta
semua indah bahgia menggapai bulan

perhati akan telatah namun tak melatah
biar dalam hati
apatah lagi gerak diri
mulut hanya terkunci mati
inilah realiti

semakin hari semakin ramai
ramai yang berlindung dibalik kubah
mengaku berfikir
tanpa akal
mengaku berserah
tanpa redha
jangan sampai tersalah laku

bau busuk menikam hidung
bangkai demi bangkai bertanam dosa
kita menghidu tapi tak terkedu
kita melihat tapi hanya gelagat

bangkai tetap bangkai
di dunia boleh bersuara
di bumi boleh mengilai
ikhlas hati jadi penyebab

tidak takut akan neraka
kerana hati sudah buta pahala
mereka hanyut dibawa arus
kita diam membuta tuli
asal tidak terkena diri...

mesej: GEJALA SOSIALgelagat anak muda hari ini seperti tidak mengenali agama dan budaya, kerana terlalai dengan hiburan dunia. Ditambah pula dengan golongan terpelajar, mereka yang lebih tua dan mereka yang memimpin, hanya tahu melihat dan mengutuk tanpa mengambil sebarang tindakan.(sesetengah dari mereka)

Saturday 29 September 2012

Persoalan Bodoh

walau aku benci tetap juga ia kembali
sekilas pandang bagai sembilu membelah jiwa
hari ini... saat ini... mula aku rasakan getarnya
bagai berjalan tak bergerak
bagai bernafas tak bernyawa

perhatian burung yang bebas terbang
sang ganas membaham mangsa kerdil
membawa aku untuk terus sembunyi

jiwa kecil ini takut akan kecewa, menyesal dan malu
namun jiwanya masih teguh berdiri di atas paksi seni
terkadang mahu lari... lari... dan lari pergi tak kembali

tapi, satu persoalan tumbuh di dada
yang membawa 1001 kata
merangsang setiap penjuru akal
pada pangkalnya aku membutakan hatiku
aku berfikir, adakah ini PERSOALAN BODOH untuk menyesatkan jiwa?
tapi.. tapi aku mendengarnya dengan bersulam peka di telinga

adakah kamu mahu runtuhkan istana yang hampir siap?
adakah kamu mahu mensiakan waktu yang terlentang?
adakah kamu mahu menghancurkan harapan semua pengawal kamu?

dan aku mula diam
diam bukan bodoh
diam berbicara dengan akal
hati aku berkata... ini bukan PERSOALAN BODOH
tapi membawa bicara ku yang tersirat
dan aku terus terdiam mencari sahsilah diri...




SAKIT MARAH SEDIH BODOH

SAKIT SAKIT SAKIT
siapa peduli
hanya mengeji
tidak terperi

MARAH MARAH MARAH
bukan orang mengerti
dibuatnya membuta tuli
tapi pasti ada yang mengerti

SEDIH SEDIH SEDIH
tidak akan beralah
takkan aku mahu mengalah
tapi sabar aku makin lelah

BODOH BODOH BODOH
apa yang dicari?
jangan cuba untuk bermimpi 
dia semua tidak akan kembali!!!!!

... aku SAKIT kerana MARAH akan orang berSEDIH mengenangkan otak yang BODOH...

Bulan 29 September

Jingga sakit peneman malam
selari dengan jiwa sang pungguk
hitam kelam tetap bertahan
untuk berjalan seribu tahun

hati tetap hati
tidak pernah untuk sembunyi
otak pening bukan mengeluh
tapi memberi kata simpati

malam masih bermimpi
mencari-cari bintang sejati
namun apa daya lagi
habis ditinggal pergi

datang dan pergi neraca hidup
siang malam silih berganti
bulan dan bintang terus di situ
biarkan mentari pasti akan tiba...

Sunday 2 September 2012

Aku Budak Kampung

Biarpun aku terbang hingga ke langit tujuh
atau berenang ke dasar lautan
tetap ku idam akan bayu tumpah darahku

Aku tak pernah malu untuk menjadi budak kampung
apatah lagi menyesal bergelar orang kampung
kerna aku tahu hati Si Penghuni Kampung

Sejauh mana aku berlari
Setinggi mana aku mendaki
tiada yang mampu menahan aku
untuk rindu pada kampungku

Zarah bayu yang berkumpul di sini
jauh lebih segar dari semua ruang di muka bumi ini
memberi aku inspirasi untuk lebih mengenali alam sebenar

Pondok tua tanda kasih sayang kami sekeluarga
Sungai tua menjadi tempat kami untuk bergembira

Bermula dari kampung hingga ke kota
mencari ilmu untuk kami semua....
tanpa melupakan apa yang ada
terus maju berdikari
teguh berdiri semangat diri....

*lepak2 di kampung tepi sungai, Tanah Merah, Kelantan

Tuesday 21 August 2012

Tsunami Raya

Awan mendung bagai mengerti istilah sepi
biar ia menjadi mimpi yang tak pasti
namun apa daya aku....
hanya mampu berdiam diri

Sedangkan pantai akan berubah
bukit akan runtuh
air akan surut
dan jiwa akan meruntun...

Tsunami di Aidilfitri terjadi lagi
aku seakan lali dengan ombak jahat
menghempas tebing kesabaran
tapi aku tetap bertahan

Mungkin kerna hati aku masih di sini
moga rahmat Syawal membuka jiwa kita
untuk mengerti tentang cinta yang sebenar...








Saturday 11 August 2012

LAYANG-LAYANG BODOH

Aku pernah hilang bayu
Biarpun berpaut sebuah janji
Namun jiwa tetap terbang
terbang dan terus berterbangan
tanpa bayang...

Aku layang-layang bodoh
Hanya percaya pada mimpi
Tidak mampu untuk terbang sendiri
Hanya bersandar akan sepi...

BAYU MEMBUNUH AKU!!!
TALI MENYESAT AKU!!!
KINI APA YANG AKAN BERLAKU?!!!

Hanya DIA MAHA TAHU...

Bukan menyesal kerna membisu
tetapi redha dengan yang berlalu...

Harapkan bebasku bawa aku pergi
Yakin mencari apa yang diimpi.

AHMED ROWIN
Situasi: Lepak dalam bilik kat Terengganu
 



Thursday 26 July 2012

Hari Sedih Aku

Setiap apa yang kita rancang tak semestinya akan terjadi...
aku sebagai manusia yang tak sempurna sudah penat merancang...
merancang dan terus merancang
tetapi realiti bukan seperti yang dirancang

Sedih dan suka adalah berbeza tetapi masih lagi sama
sama dalam mengajar aku untuk lebih memahami kehidupan
sampai bila aku harus lari dari sediah dan suka
semuanya akan datang dalam hidup ini sebagai asam dan garam

Friday 29 June 2012

Assalammualaikum...

     Alhamdulillah, akhirnya ada jgk masa untuk saya menulis blog R-Book ni. Betul kata orang tua2 kalau nak ikutkan sibuk sampai bila2 pn takkan habis. Sebenarnya banyak benda yang ingat saya kongsikan, InsyaAllah...

p/s: lama dah tak "berseni" asyik sibuk "berinjin"

Saturday 12 May 2012

Al-Fatihah buatmu

Tika insan mengulit mimpi
belayar melayan fantasi
aku bangkit tanpa niat

sepi sunyi malam mengecilkan hatiku
kenangan bersamanya menusuk kalbuku
adalah benar realiti hari ini?
aku sudah kehilangan dia?

aliran mata bukan salah
bingkisan sebak tidak ku endah
rupanya ia telah terlukis
bangunku bukan sia-sia

basuhan suci aku angkat bersama niat
hati aku merah bak ditumbuk
lantas aku mengangkat takbir

hatiku bertanya
kenapa takbirku berteman mutiara mata
mindaku terus dipukul tika
wajah dia
suara dia bermain di jiwa

selesai sudah aksi beralas kalimah Yang Maha Esa
kini ku teruskan dengan sebutan naskhah cinta
Surah Yasin menjadi hadiah kata
satu-satunya pengikat kita dan Dia

selamat bersemadi Bonda
beradumu bukan untuk waktu yang lama
akan aku datang berteman mereka
agar kita selama akan bersama
Al-fatihah kasih buatmu Ibu...

p/s:Istimewa buat Arwah ibuku(Hjh. Che Yam bt Mat Il)... Selamat Hari Ibu... semoga dia ditempatkan dikalangan kekasih-kekasihMu Ya Allah swt....

Monday 7 May 2012

Meratah bangsa

tersentap aku menatap muka kertas
setiap hati basah bermandikan darah
pelbagai babak berbagai lakonan
aku hanya berdiam pendam

mengapa 'mereka' menghias hanya 'rumah'
tidak tahu kah 'mereka' isi dalamnya penuh nanah?

jika ditegur melenting suara
jika dilarang membunuh luka

adakah 'mereka' buta akan dunia kita?
ataupun BODOH bersalut BEBAL?
kemana bangsa?agama?
bila ego beraja di jiwa

nak dinasihat 'mereka' lebih mengerti
nak ditentang hanya teguh pendirian diri
maka hanyutlah kita
menunggu masa untuk 'binasa'

bila darah tumpah bukan di tanah jua!!!...
habis bangsa, agama, negara diratah 'mereka'!!!

p/s: fikirkan disebalik setiap kata-kata. sedih membaca surat khabar setiap hari, dibanding dengan mentaliti org yg 'berkuasa'.huhu

Friday 4 May 2012

Gimik Celpad

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mempersembahkan gimik untuk program Celpad(Kulliyyah Bahasa) di universiti aku. Kali ini aku menggabungkan 2 elemen iaitu tarian dan seni mempertahankan diri. tajuknya adalah 'CITRA CINTA'... ini adalah program terakhir untuk aku sebelum sem depan.(selain untuk menghantar penyertaan untuk Festival Filem n Video Pelajar). walaupun kami hanya berlatih hanya untuk 3 hari segalanya berjalan lancar. hari ke2 latihan kaki ak kejang.huhu.tapi alhamdulillah, masa hari kejadian semua berjalan lancar. ini antara gambar mereka yang terlibat. Tq: Zhaf, Farid, Zubir, Fakhrul, Aizan, Zikry, Rams dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.

 tengah menggunting baju-baju....
 sesi make-up....
 Zhaf...
 Aizan....
 aku....
 Fakhrullah...
 Rams...
Zikry...

aku terima

Sekali kau melangkah
ibarat separuh jiwa itu emas
dan separuh lagu ibarat lumpur
...aku terima.

Setiap kali ia merubah
segala sanubari akan meruntun
itu ibarat rasa
rasa yang bermain dengan kata
...aku terima

Kini kau tiada yang sengsara
kini kau tidak bergoyang lagi
tenang bak sungai diulit bayu senja
tapi ingat pasti akan ada gelombang sang bedal

Hanya berguna tika 'bodoh'
Hanya nampak tika 'gila'
Hanya rasa tika duka
...aku tetap terima

kerna itulah lumrah manusia.

Haus Jiwaku

Bertapak-tapak aku melangkah
jauh meninggalkan waktu semalam
yakin tanpa cela yang melintang
berani terus dan terus berdiri
tapi....

haus juga jiwaku
disaat dia, mereka merasakan beban yang berpadu
penuh dengan luahan hati yang kelu
aku dapat rasakan sedikit tekanan pada kata

aku mula lemah
tiada lagi yang menjadi impianku
tiada lagi yang tinggal dalam jiwaku
dan akhirnya aku sendiri

aku bodohkan diri untuk ia
aku matikan naluri untuk ia
tiada apa lagi yang tinggal
selain hampa

'Jangan pernah menyesal terhadap apa yang telah kamu lakukan'
kini tinggal kata
kata yang bermandikan darah luka
aku takut ia akan terjadi...
...tapi,ia telah terjadi.

tiada lagi aku
tiada lagi kita
hanya tinggal kamu
kau dan mereka...
dan aku haus berjiwa kaku.

Thursday 26 April 2012

Masam manis 'Layar Hitam'(disebalik penerbitan teater)

Assalammualaikum wbt....

Alhamdulillah, akhirnya ak ada masa jgk untuk menulis mengenai teater ini. Sebenar perancangan untuk menerbitkan teater ini adalah satu idea yang ak dpt semasa ak dalam perjalanan ke Kuala Lumpur setelah bercuti ry bersama kawan aku Pok Jak (Aizat Shamsudin). Dengan ditambah dgn idea Pok Jak untuk mementaskan teater di luar UIAM(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sendiri memberi ak semangat untuk berurusan dgn pihak DBP(Dewan Bahasa dan Pustaka). Pertemuan pertama ak dan S/U ak(Cik Nazarina) dgn pengarah komunikasi koprat DBP membuahkan hasil dgn disusuli proses surat menyurat. Pertemuan ke2 dgn pihak DBP dibuat, kali ni ak ditemani ole si kembar manis (Qira n Billa).

Seterusnya ak, Sue(Suhaila), Farid, dan Dill(Farah Adilla) mengadakan ujibakat di HS manakala Kluang(Helmi),Qira, Billa dan Organisasi IIUM Creative Production Club merangka untuk bahagian pengurusan program. Selepas audition dibuat, Fatin (ibu), Ramis (pondan), Kartini (pelajar), Naza(doktor) dan Akmal(lelaki) telah terpilih memegang watak masing2. Secara jujurnya ak sgt berpuas hati dengan watak pelajar yg dibawa oleh Kartini.

Semasa training, watak pondan telah ditukar dengan watak suami(watak baru) dan watak doktor ditukar dengan watak pondan untuk keserasian watak dan perwatakan. Oleh kerana tiada pilihan, ak terpaksa memegang watak doktor, dan training berjalan dengan lancar.Alhamdulillah... btw, Dian sempat dtg ke UIAM n beri tnjk ajar pd cast,Tq byk2 Dian.... jasa mu dikenang,hahahhaha

Bahagian pengurusan program pula, bermasalah dgn pelantikan PM(project manager). Cerita pnyerrr cerita, ak jgk yg kne jd PM. ak sbnrnya xprefer untuk jd PM, tp ak rs lega apabila org2 dlm pengurusan sgt bertolak-ansur. Jadilah ak Penulis Skrip, Pengarah, Pengarah Program dan Pelakon.(dptlah title glerrr kuasa. haa... 2 cter len.trskan mmbaca.hahha).

Seminggu sebelum program masalh satu per satu datang, da mcm cendawan selepas ujan.huhu. Oleh kerana bajet yang terhad, kami ad masalah dengan bas. Alhamdulillah, Kak Liza, Abg Nizam, Aina, Qira dan Billa dapat uruskan dgn baik. Selesai masalah bas, timbul plk masalah salah faham dgn pihak luar. Adoiii.... salah faham timbul berkaitan dengan perjanjian lisan. tapi, kami dapat belajar dari kesilapan kami sendri dan kesilapan org lain untuk menjadi lebih matang.

Haaa... tu bahagian pengurusan program, pengurusan teater lain pulak ceritanya. Masalah 'kekeliruan posisi' buat ak kadang2 nek angin jgk la. Tapi, situasi seperti ini membuatkan ak lbh faham tentang perangai setiap dalam kumpulan teater ak, jadi Alhamdulillah dgn kerjasama sume pihak, ak dpt kawal emosi ak, tp ingat lain kali ak akan lebh berhati-hati dalam posisi ak dan pemilihan crew produksi.

Proses promosi diteruskan dengan sesi fotografi dan videografi. Untuk poster, ak dapat berkerjasama dgn sorang bdk KAED ni... nama dia PakCik Anip Ishak... kerja die mmg superb, bese la bdk KAED... tp klu ak bdk KAED pn leh buat,hahahhaha!!!! gurau je nip(kalau ko baca blog ak)... bgs la hasil kerja dia, sume crew pn suka. tahniah Anip Photography. Tq sb berkerjasama dgn IIUM CPC. Untuk teater, Zurina selaku biro promosi, mengangkut geng2 die utk bt video promo lak. haa... Zurina ni mmg ak puas ati dgn storyline die n hasi video. Alahmdulillah.. Tq jgk utk Faizal(assit Zurina), Haziq dan Asraf(btl nm die,hahaha).haaa... ni gambar die ckit...


**lupe lak, time ini jgk la ak pnyerr projct video ngn Haikal koya n Jimie nk siapkan sb En Helmi(Engineer TM) nk tgk esoknyerrr. mmg 'gilerr' la ak ari2... tp Alhamdulillah akhinya ok sume...

Hari persembahan semakin dekat. Sue ad ckp ngn ak yg die tkt xramai org datang sebab promosi ngn dlm uia. adooiii, pening gak ak nk pikir. Pikir punyerrr pikir, sgala org yg ak knl ak cntact. ad yg ok ad yg xberape nk ok. tp nk cter ckit la, organisasi yg dikatakan 'baik' la, ssh gler nk cntct.ak kol xangkat lansg padahal ak paernah je kerjasama dgn mereka sebelum ni.tp xpela.mgkn xde rzk la, terkilan la jgk. tp bese la nk bt camne. terima jela. kami xputus asa, cari lg cari lg... tup2 dapat la cntct penerbit MHI TV3... mula2 ak ckp nk soh diorg promote bese2 jela. Sekali rzk 'Layar Hitam', die soh g bt demo n nk interview lak. Alhamdulillah. btl kata org, Allah Maha Mengetahui. Dia tak bg yg itu tp die bg yg lbh bek.Alhamdulillah... tup tap tup tap... Ak n Sue telah diinterview... mmg gementar kottt. tp part yg pling best, Abg Il(abg pling garang ak-Singa kt umah) kol n tnyer pasal teater. cuak tahap gaban.AGH!!!!!... tp die cam cool je, business die ok la 2.hahahha.... ni gambar ms kt MHI ari2.... ;)


-sempat la diperli oleh Ahmad Fedri Yahya... "Assalammualaikum Ustaz" sb ak ckp cam org ceramah agama.dah la,sk ati r... hahaha.... so sume plakon bergambar la dgn Ally Iskandar. Tp ak lbh sk cr cntct ngn org belakg tabir, bese la nk stanby untk prjk seterusnya,hahahhaha......

Sehari sebelum kejadian, kami pergi ke Stor Teater DBP untuk biasakan diri dgn tempat tu. Kami agak terkejut sb ia xbesar sperti kami bayangkan tp bgs jgk xpayahlah risaukan lontaran suara pelakon.hahahha.... suara ak da cam nk ilang daaa... huuu... risau... kami setupkan sume teknikal. Aku berkenalan dgn juruteknik kt situ, Abg Jasni dan Che Mat, selain pkgrd n Pn Mallissa yg Qira n Billa 'sk' sgt tu.hahahhaha. pape pn untuk pengurusan program mereka nmpk boring ckit la, tp nk bt cm ne mereka kene stay sb tu kerja dieorg. pasti sempat la plakon2 praktis kt ctu kejap.

SM, en Hanif sedang sibuk menguruskan lampu....

 Ak yg kesorangan..... tp time ni relax lg.hahahha
 Haaa.... ni salah sorg abg tknikal kita... Am(Abiii).... ngn Kluang(President IIUM CPC)
haaaa.... ni la Che Mat(sk cterrr misteriiii kt Stor Teater.... hahahha)

abg SM tgh bz.hahahhaha


tengah praktis

Pada hari kejadian kami menaiki bas UIA, kecuali Akmal dan Aina kereta sendiri. Mmg best la masa nek bas reramai. macam2 cterrr la yg kuar tp ak cam bese la, lg bes dgr MP3 ak n bc bk atau termenung tgk kt luar tingkp sambil cr ilham... hahha

 haaa... ni geng pengurusan pakaian pelakon.hahhaha... Pika, Amany, n Farhana... prop plk Meow...opsss Mira... xth la diorg niiii.hahhaha
ni sume org ms mula2 nk bertolak.hahahhaha.... yg pling tinggi 2 Nasir.hahaha

Sampai kat sana byk kerja menanti. jap nk bgtau pakcik bas 2 kerekkk laaa..... ok tq.hahahhaha. ok sambung blk, sume yg disetkan semalam terpaksa berubah plan sb lampu telah ditukar posisi.adoiii... pening ckit la. tp ak biarkan Farid handle la... (keje Hanif sebenarnya... opsss)hahahha. Sepanjang hari kejadian tiada masalah serius yg berlaku.Alhamdulillah. Kami meneruskan persiapan hingga la ke malam.

belakang tabir....




Alhamdulillah, penuh Stor Teater DBP. Terima Kasihx10000000000000000000000000000000000000 pd semua yg hadir.... dr PD(Syafiq n da geng), Johor(Bob, Faiq n da geng), Auni n Cipang(nk tiok ak,haha), Naza n da geng, Jue n da geng, Nadia n da geng, Shahir n da geng, SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! la.... ramai sgt ni.... n pd mereka bg kata2 semangat melalui hp(Bad, Nana, Adib, Afiq n sume.... xigt da.huhu.sory)tp pd yg xsmpat pergi jgn lupe utk next project k???.... janji!!!!

Pada malam itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuldin dan isteri datang bersama Nana Farhana dan Syazwan Shuhaimi. Sebenarnya ak mmg minat dgn lakonan Nana Farhana ms ak tgk Gocoh Gong Pauh dan Syazwan suara die mmg best ms IPAC 2011, masa tu ak jadi burung je,hahahhaha...... Alhamdulillah semua berjalan lancar sampailah ke akhir teater.





ni pengacara terbekkkk pd mlm itu... Ummi n Syazwan....

Masa ak nk g kt meja VIP utk makan, ak teringat ngn wartawan yg ak jmpt. dia balik awal, ingatkan nk jmpt die mkn skali. Rupa-rupnya ada salah faham dgn pihak pengurusan ak.adooiiii, sdh btl la. sampai arini ak xth nk mntk maaf camne. tp ak sgt menghargai sifat professional dalam diri die, Tahniah n sory.... *ni la klu byk sgt ak kne bt.adoooiiii... huhu....

Habis semua kami bergambar bersama...

Selepas semua selesai, kami mengadakan sesi 'bedah siasat' bersama En Sabri Yunus n En Wahab dan beberapa en len yg ak xberapa nk kenal... hahahhaha....





Ad beberapa perkara yg patut kami beri perhatian, Terima Kasih kepada semua yg sudi mberi tnjk ajar. Apa yg membina kami jadikan panduan dan memperbaikinya pd masa hadapan. Yang tak berapa membina(politik dalaman) kami jadikan pengajaran pada hari muka.

Dengan kepenatan kami blk ke UIAM, dgn bas n jmpe lg pkck bas kerek,hahahhaha... sampai kt uia kami mengadakan 'bedah siasat' sesama kami. Tp untuk pengurusan program 'bedah siasat' ditunda so mereka leh la blk dlu.hahhaha.



Alhamdulillah... semua berjalan lancar... Terima Kasih Allah swt.... Terima kasih jgk pd semua yg terlibat secara langsung mahupn tidak langsung:Nasir, Qira, Billa, Helmi, Aina, Faizal, Zurina, Aliya, Atikah, Ayu, Muiz, Syahirah, Dil, Sue, Farid, Nurdin, Faroq, Hanif, Am, Muaz, Haziq, Asyraf, Anip, Akmal, Kartini, Ramis, Nazarudin, Lukman, Fatin, Zubir, Mira, Pika, Farhana, Amany dan semua yg terlibat-yg xsebut nm bkn lupe cme pening ckitttt ;)

Trivia:
-Teater dr IIUM CPC yg pertama dipentaskan di luar UIAM
-Berkerjasama dgn DBP, diadakan di Stor Teater DBP.
-Dil ulang alik dr Setiawangsa ke UIAM semata-mata utk teater ni(Tq Dil)
-Cerita Misteri Rams n Lukman.(tanyalah mereka.hahhaha)
-Rakan media TV3, Berita Harian n Radio IKIM.fm.
-Dian sempat memberi tunjuk ajar utk cast ak.Tq Dian... (dialog legend "Aku PUAH!!!")haha

Secara keseluruhan persembahan aku bagi: 75%
Kepuasan Penulis Skrip: 80%
Kepuasan PM: 60%
Kepuasan Pelakon: 60%
Kepuasan Pengarah: 30%

***tp pape pn peratus yg aku bg kt atas ni, ak belajar byk bnda br dalam Layar Hitam... semua benda negetif atau positif semua akan ak ingat n takkan mengulanginya lg.InsyaAllah.... terutama sebagai pengarah.... (da bese da di panggil Dictator=Director... ) jd nk tngk ak jd Dictator yg sebenar-benarnyerrrr.... tunggu next project.... sekian Terima Kasih... Assalammualaikum.... ;)

Tuesday 24 April 2012

Percaya(kerna kata)

kata hati 'INDAH' tanpa sebarang ragu
bila sudah 'BERUBAH' semua jadi layu
Cinta bukan untuk suka
bukan juga bermain kata

jujur dan percaya adalah kekuatan Cinta
tak guna bersama kalau hanya sandiwara

jangan melacurkan kata hanya kerana Cinta
biar ia ikhlas nafas dari jiwa
tak salah untuk mencinta tapi jangan berkata dusta

aku takkan bermuka-muka
hanya kerana Cinta
terima apa di depan mata
kalau hati sudah setia

Cinta pada makhluk hanya sekejap tara
sementara abadi sedia berdiri

jangan jadi mangsa
hingga terluka hati
apa yang pasti...
...pastikan Dia dekat disisi.

-rowin...




Friday 13 April 2012

Cinta itu Jiwa

Setinggi mana gunung didaki
Sedalam mana lautan diselami
Masih tak tercapai akal mu

Kita hanya merancang tanpa sempadan penentuan

Jika takdir saksi pada semua
Biarkan ia berlalu pantas
Mencantas setiap kenangan
Menikam segenap perasaan

Malu pada diri
Bererti pergi mengadap mati
Mati pada hati
Berenggang dengan mimpi

Cinta itu jiwa
Jangan dibiar ia terluka
Namun bukan bermakna bahaya

Tinggalkan segala duka
Mulakan cinta yang pertama
Bukan mati untuk mencinta
Tapi hati pasti terbuka
Pastikan ia menjadi lagenda...

-Teater Lagenda Cinta.... akan datang di IIUM Main Auditorium

Thursday 22 March 2012

Sinopsis Teater 'LAYAR HITAM'


Teater “Layar Hitam” ini mengetengahkan tema kemanusiaan. Masalah semasa yang dihadapi oleh kita yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat menjadi medium penyampaian kepada teater ini.Sebagai pengenalan, seorang lelaki lembut menceritakan kehidupannya yang dipandang serong oleh segelintir masyarakat sehingga hasratnya untuk berubah ditangguhkan. Cerita ini diteruskan dengan kehadiran seorang ibu yang terlalu teruja dengan kerjanya sebagai seorang setiausaha sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Teater ini disambung pula dengan kehidupan seorang pelajar yang berasa dirinya sunyi kerana ibubapanya sibuk dengan kerja seharian, sehingga memaksanya melakukan perkara yang tidak baik. Kisah keinginan seorang suami mualaf yang terlalu obses terhadap kehadiran anak setelah 5 tahun berkahwin, antara penggerak kepada teater ini. Kesemua masalah yang dihadapi oleh lelaki lembut, ibu, pelajar, dan suami dikaji secara terperinci oleh seorang doktor pakar sakit jiwa. Tetapi disebalik profesionalnya seorang doktor, Dr Kamal mempunyai rahsia yang besar dalam hidupnya. Apakah rahsia itu? Apakah agenda Dr Kamal?Siapakah sebenarnya penyelamat kepada semua masalah ini? Saksikan teater “Layar Hitam”

Tajuk: Layar Hitam
Masa: 8.00 malam
Tarikh: 28/3/2012
Tempat: Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
MASUK ADALAH PERCUMA!!!!!

Tuesday 13 March 2012

Sebalik "Layar Hitam"

Assalammualaikum.....

Satu hari, hati aku terdetik untuk menerbitkan sebuah lagi teater selepas selesainya teater untuk "Al-kisah Bapakku dot dot dot". Banyak tema yang bermain dalam kepala aku. Antara tajuk yang ada dalam otak aku adalah "Cinta Seorang Lagenda"-mencerita sejarah Arwah Tan Sri P.Ramlee, "Lagenda Cinta", "Angkasa"-berkaitan dengan ilmu astronomi... tapi akhirnya "Layar Hitam" dulu yang akan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28/3/2012.

"Layar Hitam" telah mengangkat tema tentang pemikiran masyarakat kita pada zaman sekarang terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat di akhir zaman. Pelbagai persoalan telah dihuraikan melalui watak-watak yang terdapat di dalam teater ini. kalau diikutkan ini adalah percubaan pertama aku dalam teater monodrama. Alhamdulillah, kebetulan sebelum teater ni dipentaskan Abg Sabri Yunus telah datang untuk mempersembahkan teater monodramanya yang bertajuk "Menunggu Kata-kata dari Tuhan". Sedikit sebanyak memberi aku idea untuk merealisasikan teater "Layar Hitam" ini.

Sinopsis mengenai teater ini akan aku tulis selepas training ke-2 kami pada malam ini. InsyaAllah semoga teater ini memberi kebaikan kepada semua... InsyaAllah....

*gementar untuk beraksi di pentas yang pernah dikuasai oleh Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Ogy Ahmad Daud..... huhu........

Tuesday 28 February 2012

5 tapak 1 minit

satu demi satu
selang saat selang minit
waktu berjalan bersama kita

kita tidak perlu berlari
mahupun mengejar
hanya mengikut jejak 5 tapak

bukan sukar untuk berjalan
tapi bukan mudah untuk menurut
setelah jiwa dibadai suka

tapak harus diikut
waktu semakin suntuk
tiada masa untuk kita mengantuk
bangunlah bersama menuntut apa yang patut...

situasi:menunggu azan Isyak
sebalik makna: kita diwajibkan solat 5 waktu sehari
tempat: bilik asrama
masa:8.49 mlm
tarikh:28 Mac 2012
















Wednesday 22 February 2012

Mata 'Telanjang'

dia cantik
dia lawa
memikat jiwa

jiwa terpesona tanpa kata
mata aku melihat dia
mulut aku bicara cinta

hati kecil berkata sayang
tapi mulut terus melayang
eeemmm....
mungkinkah ini tak lepas pandang
atau mata telanjang?huhu...

*fikir-fikirkan ;)


Sunday 19 February 2012

Boneka

Masalah?
aduh... masalah ini, masalah itu
perlukah aku bermasalah lagi?
masalah boleh jadi salah
eemmm... aku yang berpaling tadah


aku membuka tanpa menutup
aku bersedia tapi mengalah
betulkah, pasrah itu menyerah?
ataupun aku salah


duit bukan saksi
kau kaya aku miskin
kau hina aku keji
akhirnya tinggal yang 'terpuji'


kita bukan boneka
ditolak ke sana kita lemas
ditarik ke sini kita mati


BERHENTI!!!!!!!
KITA BUKAN BONEKA!!!!
cuba menilai dari jarak yang pasti
dari landasan yang terperinci
adakah pasti kita harus bermasalah?


letakkan iris kita pada titik damai
damai yang menghadiahkan ketenangan
ketenangan yang menguji kesabaran
dan diselesaikan dengan penyelesaian


tidak salah untuk bersalah
asalkan tidak menyerah
pasti ada risalah kita pelajari 
masalah bukan bencana
bukan pula bahagia
namun ia titik pertemuan
antara semalam, hari ini dan esok

Situasi: kat bilik-da nk tidur, sok ada kuiz Quality Control-nanti nk bgn awal untuk sambg stdy.
Masa: 1.41a.m
Tarikh: 20 Febuari 2012
Intipati: marilah kita sama-sama belajar sesuatu daripada kesilapan dan masalah yang kita, kerana pasti ada  hikmat disebalik setiap apa yang berlaku ke atas kita. Allah SWT Maha Mengetahui.... ;)

Friday 17 February 2012

Kau Marah Kau Bodoh (Amarah)

Adrenalin mengalir deras
saraf otak terus mencubit rasa
Bodoh!!!
Bongok!!!
Bangang!!!
terlintas di benak minda

mana pergi hak hati
tanpa ke depan kita membidas
hanya mengikut kehendak nafsu

menilai tanpa suara
mendengar tanpa bicara
namun dendam menjadi antara


kita lupa
kita lupa akan cinta
kita lupa akan cinta dari Pencipta


ubahlah naluri jiwa
bersihkanlah amarah neraka
pasti yang kristal menikam yang kaca

kau marah
kau bodoh
bodoh berlandaskan jahil
jahil bercerminkan dajjal

buka ruang untuk kita berfikir
untuk kita mencari bukti sejati
sabar bukan mengalah
tapi berserah...

...berserah pada Yang Maha Penyayang

*adaptasi dari Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa ada seorng lelaki telah berkata kpd Rasulullah saw "Berilah aku nasihat" Baginda bersabda"Jangan marah" Maka orang itu mengulangi(permintaan) beberapa kali, Rasulullah saw menjawab: "Jangan marah!" (diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

 

Layar Hitam-Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka

Kau ada masalah besar
tapi masalah aku lagi besar
macam mana dengan masalah dia?
ataupun masalah kita sama?

kita sekadar melihat
tanpa mendengar
tanpa merasa
adakah itu adil untuk semua?

layar hitam tidak berguna lagi
cerita gelap hanya tinggal kenangan
sedarkan kau dan aku
bangunkan dia
bangkitlah kita!!!

jangan sesekali menghukum
jangan sesekali membenci
sekalipun untuk mencaci
belakang,kiri mahupun bawah

layar hitam musuh kau, aku, dia dan kita...

*adaptasi daripada teater Layar Hitam yg akan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka-penghujung bulan mac.
*menceritakan pandangan masyarakat kita yang hanya menghukum sesama sendiri apabila berdepan dengan masalah sosial tanpa mencari jalan penyelesaian.

Thursday 16 February 2012

YES!!!!!!

hapy!!!!hapy~!!!
opss... ;) first of all i'm really thankful to Allah swt... Alhamdulillah!!!Alhamdulillah!!!!Alhamdulillah!!!!
everything was very good since i changed my habit (not because i'm reading "The 7 Habits of Highly Effective People k,hahha"). Beside, i'm trying to be a better person for all.ok, just want to share something...

actually, our life is like 'stage' that show our performance base on steps of choice. We have to "tanam" ni our mind, the responsibility is important thing to make more out of life. So, from now on try to turn out to prove that we can become more effective people!!!!!! YES!!!!!!......

;))))))))))

Monday 13 February 2012

kita sama tapi tak serupa

sisi kiriku menghalang ke timur
darah mudaku mengalir ke barat
tiada apa yang mampu aku sekat

aku mencari kesamaan dalam perbezaan
tidak sama tidak bererti tidak serupa
tapi tidak serupa adalah tidak sama
sama yang mengikat kita
serupa menjarak jiwa

mungkin indah pada kata
AKU CINTA PADAMU
bukan pada hati
hati kata hitam
nurani membalas putih

transformasi kini bersaksikan nurani
mana satu yang jitu?
atau persis sudah terhakis
aku masih mencari


Tuesday 7 February 2012

Alhamdulillah!!!! it was awesome!!!(third flight test)



akhirnya, terbang gak my 'Baby'... rsnyer sb ad kaki bergerak kot,hahhahaha (landing gear)

Sunyi

pagi yang hening buat aku terjaga
bukan kerana sejuk
bukan pula kerana panas
hanya menikmati suara yang bernama Sunyi

biar bunyi kipas mengiring angin ke tubuhku
namun aku tetap sunyi
sepi tanpa kata
diam tak berbicara

baru aku tahu nikmatnya Sunyi

sejak itu, aku selalu rindukan Sunyi
jika dulu otakku banyak benda untuk dikeluarkan
tapi sekarang semakin berkurang
semakin hilang

aku tidak takut lagi dengan Sunyi
selesa bercakap dengan hati
bukan bererti aku mati
jauh sekali memencil diri
cuma melayan nafsu pengganti

diam tidak bermakna bodoh
itu yang sentiasa menarik perhatian deria jiwaku

kini aku sedari
tiada siapa suruh aku berbunyi
tiada siapa memaksa aku menari
hanya aku...
...hanya aku fikirkan yang tak menghargai

Sunyi... Sunyi... Sunyi...
mengikat hatiku yang sepi...

*terfikir, sebelum ni aku banyak bercakap untuk membuatkan orang di sekeliling aku selesa dengan aku. aku  tak kisah kalau perangai aku itu menampakkan ketidakmatangan aku. tapi aku seperti dipandang sinis. tak bermakna aku menyesal dengan apa yang aku telah lakukan tapi aku juga akan berubah mengikut masa dan waktu.

Cuti aku da nak habisssss!!!!

seminggu baki cuti yang aku ada setelah siap FYP aku, aku penuhi dengan membaca buka yang menarik perhatian aku. dalam byk2 buku yang telah aku pilih, hanya 2 sahaja yang sudah habis aku baca, Biografi Agung Rasulullah SAW dan Tuesday with Morrie. xsia2 aku habiskan duit untuk bli kedua buku ni. Buku Biografi Agung Rasulullah SAW membuatkan aku mengenali keperibadian Beliau dengan lebih dekat. Alhamdulillah, aku sekarang lbh mengenali Rasulullah SAW drpd sebelum ni. Aku juga mengambil hadis dan ayat2 Quran yg berkaitan utk menyampaikan melalui karya-karya aku. kalau boleh aku nak praktikkan benda ni sampai ke akhir nafas aku.InsyaAllah.... buku Tuesday with Morrie pula bnyk mengajar aku tentang kehidupan. walaupun ia sebuah novel tapi intipati di dalamnya membuatkan aku memahami ilmu sociology dengan penyampaian yg dramik dan blh dianggap ringan ole penulisnya, mitch albom.

apa yang boleh aku gabungkan kedua-dua buku ini adalah PEMBELAJARAN HIDUP... aku lebih yakin untuk meneruskan hidup ini dengan berbekalkan ISLAM yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan pemikiran tentang kehidupan.

sekarang aku lebih teruja untuk membaca, dan aku akan terus membaca untuk menambahkan ilmu di dada. InsyaAllah...

*anyway, ini salah satu cara aku untuk tertarik kepada material yang memerlukan aku membaca.
=)

Saturday 4 February 2012

Kiri Kanan-Belakang Depan

aku berdiri tapi berpaling
aku berdiri tapi menjeling
aku berdiri tapi sendiri

ingin lari
lari menuju pada yang tak pasti
lari dan bersembunyi

takut melihat kanan
takut melihat kiri
pilu memandang belakang
tanpa berfikir pada hadapan

sampai bila?sampai bila harus begini?
takut! pilu!
itu semua adalah hantu dalam diri

bodoh dibiar bersarang
jahil dicampak ke naluri
menjadi darah daging

aku sudah fikir kiri dan kanan
aku sudah lihat belakang dan hadapan
bagaimana dengan atas dan bawah?
sanggupkah aku berfikir lagi?
atau lari pergi seperti banduan bodoh?

kini aku mengerti
istilah yang bernama bumi
berpaksikan dugaan
berorbitkan permasalahan

aku tidak akan sesekali lari lagi
bukan penat tapi cuba mengerti
akan kepastian yang lebih sejati
membuat aku untuk terus berdiri...

*puisi ini berkisarkan tentang hidup aku dan mentaliti aku terhadap apa yang aku tempuhi setiap hari. sampai ble aku harus serabut dengan masalah dunia aku?aku akan tempuhinya juga selagi aku masih hidup. tapi dalam masa yang sama bersedia untuk menghadapi 'masalah' di akhirat kelak dengan amal ibadah... InsyaAllah

Saturday 28 January 2012

Patriotik 'kotor'

Lari dari perut gajah keluli
Serbu ke dalam usus tedung besi

Kelibat insan merentasi masa
Ada yang berbogel mati
Ada yang selubung sedar
Jauh berbeza dari pasir azali hayatku
Tapi itulah neraca kota
Mentaliti mengatasi iman di hati

Jalur merah dan putih menarik irisku
Adakah itu hanya istilah ilusi?
Disimpan sepi, terbiasa kaku

Sambil memandang kerangka bernama Melayu
Aku terfikir
Inikah Melayu, tinggalan Hang Tuah hari ini?

Menangis, mengeluh, mengerang
Sedih, kesian, marah
bukan lagi benda asing dalam cecair naluriku

kotornya patriotik dalam perut tedung besi ini
ia hanya khusus pada sejagat
yang amnya masih menyengat
lupa akan segala
hingga sebati dengan akar umbinya

Segala yang terbuku, hanyalah dapat disirat

masa: 11.25 pagi
tempat: dalam Putra LRT-menuju ke Setiawangsa
situasi: menuju ke pejabat




Akar atau Buah?

Broom... broom...
kuda berkaki dua lari seperti selalu
menjeling pada aku yang berbumbung hentian gajah keluli

kumpulan binatang berenjin, pantas menyapa
berkejaran mengikut litar bumi kota
terbenam di setiap saraf otakku
adakah jalan pintas untuk aku berlari seperti mereka?

aku masih kecil
masih diberi susu
tapi benak hati bereformasi
meminta untuk didewasakan

berpegang pada dua ranting pohon
bukan semudah 123
daun selari lurus sampai ke akar daging
pucuk jemari bercabang, meranum menuju buah

akar atau buah?
yang mana pilihan sebenar?
berserah pada yang Maha Karya Cinta

masa: 11.00 pagi
tempat: pondok hentian bas RapidKL universiti
situasi: menuju ke pejabat untuk menyiapkan FYP

Persamaan Keramat

satu persamaan...
bukan persamaan musuh pada perbezaan
persamaan pada bendalir bernama kimia

adilnya bak zarah halus
tidak terpandang iris kasar
setimpal dengan durasi sekarang
namun, jauh menyempang dari organasasi semasa
kerna nyanyuk jiwa
angkara legam dibawa barat

satu dibalas dengan sepuluh
satu dibalas dengan pemadam sepuluh coretan pensel
satu dibalas dengan sepuluh pangkat tentera di dada

hanya dengan satu
satu PERSAMAAN KERAMAT
penentu matlamat

* diilhamkan dari Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim
Rasulullah saw bersabda:
"Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah swt berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah swt menghapuskan sepuluh kesalahan(dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya."

hitam putih segitiga

gamma kecil membuka langkahnya
tapak bayangnya laluan pemalar bayu
hembusan haba melengkapi sebuah segitiga

jauh tersasar sang bayu
namun dipegang erat si gamma kecil

hilang sudah kehangatan geseran haba
dipanaskan dengan percikan gamma kecil

akhirnya segitiga bersatu
berpadu
jitu
dan setuju

penghubung mereka kurungan pemerintah
bukan 3
bukan 4
tapi hanya 2

hitamnya hati sang bayu
putihnya hati sang haba
terbias ke arah kelabu si gamma kecil

hitam didarab dengan putih
putih dikali dengan kelabu
lalu dikurung dalam penjara kasih
hawa telinga yang deras mula terpancar

*dedikasi istimewa untuk ahli kumpulan FYP aku... Cik Dayah n En Amin ;)

-base on, formula of Speed of Sound



Friday 27 January 2012

The Pieces of Cakes


Lift of my soul attacks the weight
Thrust of my spirit kills the drag
Makes me weak in my dream

The pieces of cakes multiply by heart, gives me the answer
Without formula
Without calculation
By using rational of mind

My huge mission
My huge vision
But
The reality makes me down

Whatever will happen?
Wherever it will happen?
Whenever it will happen?
Just leave in my mind
The answer will come out
soon…


JUMAAT PUTIHKU

1 hari... 24 jam... 1440 minit... 86400 saat...

aku menunggu, tanpa jemu
namun tidak sedikit terkedu pada lapisan adrenalinku

hanya 4 darah merah yang mengalir dalam urat otakku
hanya 4 tutur kata menzahirkan sebutan padaku
hanya 4
bukan 40 
bukan 400
bukan 4000

tapi... mengalirnya darah ini bukan kerana sinonim
menyebutnya kata ini pun bukan kerana geseran antonim
namun datang dari ikhlas organ yang bernama hati

JUMAAT PUTIH melingkari hariku
putihnya memantul cahaya, membias ruang bebas
bagaimana harus aku corakkannya?
masihkah ada ruang untuk aku?setelah suku abad aku diberi peluang

kelu lidah bicara sendiri
beku minda berfikir sendiri

aku masih di sini
menadah syukur berserta sujud tanda redhaku
sesuci JUMAAT PUTIHKU...