Thursday 22 March 2012

Sinopsis Teater 'LAYAR HITAM'


Teater “Layar Hitam” ini mengetengahkan tema kemanusiaan. Masalah semasa yang dihadapi oleh kita yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat menjadi medium penyampaian kepada teater ini.Sebagai pengenalan, seorang lelaki lembut menceritakan kehidupannya yang dipandang serong oleh segelintir masyarakat sehingga hasratnya untuk berubah ditangguhkan. Cerita ini diteruskan dengan kehadiran seorang ibu yang terlalu teruja dengan kerjanya sebagai seorang setiausaha sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Teater ini disambung pula dengan kehidupan seorang pelajar yang berasa dirinya sunyi kerana ibubapanya sibuk dengan kerja seharian, sehingga memaksanya melakukan perkara yang tidak baik. Kisah keinginan seorang suami mualaf yang terlalu obses terhadap kehadiran anak setelah 5 tahun berkahwin, antara penggerak kepada teater ini. Kesemua masalah yang dihadapi oleh lelaki lembut, ibu, pelajar, dan suami dikaji secara terperinci oleh seorang doktor pakar sakit jiwa. Tetapi disebalik profesionalnya seorang doktor, Dr Kamal mempunyai rahsia yang besar dalam hidupnya. Apakah rahsia itu? Apakah agenda Dr Kamal?Siapakah sebenarnya penyelamat kepada semua masalah ini? Saksikan teater “Layar Hitam”

Tajuk: Layar Hitam
Masa: 8.00 malam
Tarikh: 28/3/2012
Tempat: Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
MASUK ADALAH PERCUMA!!!!!

Tuesday 13 March 2012

Sebalik "Layar Hitam"

Assalammualaikum.....

Satu hari, hati aku terdetik untuk menerbitkan sebuah lagi teater selepas selesainya teater untuk "Al-kisah Bapakku dot dot dot". Banyak tema yang bermain dalam kepala aku. Antara tajuk yang ada dalam otak aku adalah "Cinta Seorang Lagenda"-mencerita sejarah Arwah Tan Sri P.Ramlee, "Lagenda Cinta", "Angkasa"-berkaitan dengan ilmu astronomi... tapi akhirnya "Layar Hitam" dulu yang akan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28/3/2012.

"Layar Hitam" telah mengangkat tema tentang pemikiran masyarakat kita pada zaman sekarang terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat di akhir zaman. Pelbagai persoalan telah dihuraikan melalui watak-watak yang terdapat di dalam teater ini. kalau diikutkan ini adalah percubaan pertama aku dalam teater monodrama. Alhamdulillah, kebetulan sebelum teater ni dipentaskan Abg Sabri Yunus telah datang untuk mempersembahkan teater monodramanya yang bertajuk "Menunggu Kata-kata dari Tuhan". Sedikit sebanyak memberi aku idea untuk merealisasikan teater "Layar Hitam" ini.

Sinopsis mengenai teater ini akan aku tulis selepas training ke-2 kami pada malam ini. InsyaAllah semoga teater ini memberi kebaikan kepada semua... InsyaAllah....

*gementar untuk beraksi di pentas yang pernah dikuasai oleh Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Ogy Ahmad Daud..... huhu........