Friday, 17 February 2012

Layar Hitam-Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka

Kau ada masalah besar
tapi masalah aku lagi besar
macam mana dengan masalah dia?
ataupun masalah kita sama?

kita sekadar melihat
tanpa mendengar
tanpa merasa
adakah itu adil untuk semua?

layar hitam tidak berguna lagi
cerita gelap hanya tinggal kenangan
sedarkan kau dan aku
bangunkan dia
bangkitlah kita!!!

jangan sesekali menghukum
jangan sesekali membenci
sekalipun untuk mencaci
belakang,kiri mahupun bawah

layar hitam musuh kau, aku, dia dan kita...

*adaptasi daripada teater Layar Hitam yg akan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka-penghujung bulan mac.
*menceritakan pandangan masyarakat kita yang hanya menghukum sesama sendiri apabila berdepan dengan masalah sosial tanpa mencari jalan penyelesaian.

Thursday, 16 February 2012

YES!!!!!!

hapy!!!!hapy~!!!
opss... ;) first of all i'm really thankful to Allah swt... Alhamdulillah!!!Alhamdulillah!!!!Alhamdulillah!!!!
everything was very good since i changed my habit (not because i'm reading "The 7 Habits of Highly Effective People k,hahha"). Beside, i'm trying to be a better person for all.ok, just want to share something...

actually, our life is like 'stage' that show our performance base on steps of choice. We have to "tanam" ni our mind, the responsibility is important thing to make more out of life. So, from now on try to turn out to prove that we can become more effective people!!!!!! YES!!!!!!......

;))))))))))

Monday, 13 February 2012

kita sama tapi tak serupa

sisi kiriku menghalang ke timur
darah mudaku mengalir ke barat
tiada apa yang mampu aku sekat

aku mencari kesamaan dalam perbezaan
tidak sama tidak bererti tidak serupa
tapi tidak serupa adalah tidak sama
sama yang mengikat kita
serupa menjarak jiwa

mungkin indah pada kata
AKU CINTA PADAMU
bukan pada hati
hati kata hitam
nurani membalas putih

transformasi kini bersaksikan nurani
mana satu yang jitu?
atau persis sudah terhakis
aku masih mencari


Tuesday, 7 February 2012

Alhamdulillah!!!! it was awesome!!!(third flight test)



akhirnya, terbang gak my 'Baby'... rsnyer sb ad kaki bergerak kot,hahhahaha (landing gear)

Sunyi

pagi yang hening buat aku terjaga
bukan kerana sejuk
bukan pula kerana panas
hanya menikmati suara yang bernama Sunyi

biar bunyi kipas mengiring angin ke tubuhku
namun aku tetap sunyi
sepi tanpa kata
diam tak berbicara

baru aku tahu nikmatnya Sunyi

sejak itu, aku selalu rindukan Sunyi
jika dulu otakku banyak benda untuk dikeluarkan
tapi sekarang semakin berkurang
semakin hilang

aku tidak takut lagi dengan Sunyi
selesa bercakap dengan hati
bukan bererti aku mati
jauh sekali memencil diri
cuma melayan nafsu pengganti

diam tidak bermakna bodoh
itu yang sentiasa menarik perhatian deria jiwaku

kini aku sedari
tiada siapa suruh aku berbunyi
tiada siapa memaksa aku menari
hanya aku...
...hanya aku fikirkan yang tak menghargai

Sunyi... Sunyi... Sunyi...
mengikat hatiku yang sepi...

*terfikir, sebelum ni aku banyak bercakap untuk membuatkan orang di sekeliling aku selesa dengan aku. aku  tak kisah kalau perangai aku itu menampakkan ketidakmatangan aku. tapi aku seperti dipandang sinis. tak bermakna aku menyesal dengan apa yang aku telah lakukan tapi aku juga akan berubah mengikut masa dan waktu.

Cuti aku da nak habisssss!!!!

seminggu baki cuti yang aku ada setelah siap FYP aku, aku penuhi dengan membaca buka yang menarik perhatian aku. dalam byk2 buku yang telah aku pilih, hanya 2 sahaja yang sudah habis aku baca, Biografi Agung Rasulullah SAW dan Tuesday with Morrie. xsia2 aku habiskan duit untuk bli kedua buku ni. Buku Biografi Agung Rasulullah SAW membuatkan aku mengenali keperibadian Beliau dengan lebih dekat. Alhamdulillah, aku sekarang lbh mengenali Rasulullah SAW drpd sebelum ni. Aku juga mengambil hadis dan ayat2 Quran yg berkaitan utk menyampaikan melalui karya-karya aku. kalau boleh aku nak praktikkan benda ni sampai ke akhir nafas aku.InsyaAllah.... buku Tuesday with Morrie pula bnyk mengajar aku tentang kehidupan. walaupun ia sebuah novel tapi intipati di dalamnya membuatkan aku memahami ilmu sociology dengan penyampaian yg dramik dan blh dianggap ringan ole penulisnya, mitch albom.

apa yang boleh aku gabungkan kedua-dua buku ini adalah PEMBELAJARAN HIDUP... aku lebih yakin untuk meneruskan hidup ini dengan berbekalkan ISLAM yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan pemikiran tentang kehidupan.

sekarang aku lebih teruja untuk membaca, dan aku akan terus membaca untuk menambahkan ilmu di dada. InsyaAllah...

*anyway, ini salah satu cara aku untuk tertarik kepada material yang memerlukan aku membaca.
=)

Saturday, 4 February 2012

Kiri Kanan-Belakang Depan

aku berdiri tapi berpaling
aku berdiri tapi menjeling
aku berdiri tapi sendiri

ingin lari
lari menuju pada yang tak pasti
lari dan bersembunyi

takut melihat kanan
takut melihat kiri
pilu memandang belakang
tanpa berfikir pada hadapan

sampai bila?sampai bila harus begini?
takut! pilu!
itu semua adalah hantu dalam diri

bodoh dibiar bersarang
jahil dicampak ke naluri
menjadi darah daging

aku sudah fikir kiri dan kanan
aku sudah lihat belakang dan hadapan
bagaimana dengan atas dan bawah?
sanggupkah aku berfikir lagi?
atau lari pergi seperti banduan bodoh?

kini aku mengerti
istilah yang bernama bumi
berpaksikan dugaan
berorbitkan permasalahan

aku tidak akan sesekali lari lagi
bukan penat tapi cuba mengerti
akan kepastian yang lebih sejati
membuat aku untuk terus berdiri...

*puisi ini berkisarkan tentang hidup aku dan mentaliti aku terhadap apa yang aku tempuhi setiap hari. sampai ble aku harus serabut dengan masalah dunia aku?aku akan tempuhinya juga selagi aku masih hidup. tapi dalam masa yang sama bersedia untuk menghadapi 'masalah' di akhirat kelak dengan amal ibadah... InsyaAllah