Setinggi mana gunung didaki
Sedalam mana lautan diselami
Masih tak tercapai akal mu
Kita hanya merancang tanpa sempadan penentuan
Jika takdir saksi pada semua
Biarkan ia berlalu pantas
Mencantas setiap kenangan
Menikam segenap perasaan
Malu pada diri
Bererti pergi mengadap mati
Mati pada hati
Berenggang dengan mimpi
Cinta itu jiwa
Jangan dibiar ia terluka
Namun bukan bermakna bahaya
Tinggalkan segala duka
Mulakan cinta yang pertama
Bukan mati untuk mencinta
Tapi hati pasti terbuka
Pastikan ia menjadi lagenda...
-Teater Lagenda Cinta.... akan datang di IIUM Main Auditorium
Friday, 13 April 2012
Thursday, 22 March 2012
Sinopsis Teater 'LAYAR HITAM'
Teater “Layar
Hitam” ini mengetengahkan tema kemanusiaan. Masalah semasa yang dihadapi oleh
kita yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat menjadi medium
penyampaian kepada teater ini.Sebagai pengenalan, seorang lelaki lembut
menceritakan kehidupannya yang dipandang serong oleh segelintir masyarakat
sehingga hasratnya untuk berubah ditangguhkan. Cerita ini diteruskan dengan
kehadiran seorang ibu yang terlalu teruja dengan kerjanya sebagai seorang
setiausaha sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Teater ini
disambung pula dengan kehidupan seorang pelajar yang berasa dirinya sunyi
kerana ibubapanya sibuk dengan kerja seharian, sehingga memaksanya melakukan
perkara yang tidak baik. Kisah keinginan seorang suami mualaf yang terlalu obses
terhadap kehadiran anak setelah 5 tahun berkahwin, antara penggerak kepada
teater ini. Kesemua masalah yang dihadapi oleh lelaki lembut, ibu, pelajar, dan
suami dikaji secara terperinci oleh seorang doktor pakar sakit jiwa. Tetapi
disebalik profesionalnya seorang doktor, Dr Kamal mempunyai rahsia yang besar
dalam hidupnya. Apakah rahsia itu? Apakah agenda Dr Kamal?Siapakah sebenarnya penyelamat kepada semua
masalah ini? Saksikan teater “Layar Hitam”
Tajuk: Layar Hitam
Masa: 8.00 malam
Tarikh: 28/3/2012
Tempat: Stor Teater Dewan Bahasa dan
Pustaka
MASUK ADALAH PERCUMA!!!!!
Tuesday, 13 March 2012
Sebalik "Layar Hitam"
Assalammualaikum.....
Satu hari, hati aku terdetik untuk menerbitkan sebuah lagi teater selepas selesainya teater untuk "Al-kisah Bapakku dot dot dot". Banyak tema yang bermain dalam kepala aku. Antara tajuk yang ada dalam otak aku adalah "Cinta Seorang Lagenda"-mencerita sejarah Arwah Tan Sri P.Ramlee, "Lagenda Cinta", "Angkasa"-berkaitan dengan ilmu astronomi... tapi akhirnya "Layar Hitam" dulu yang akan dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28/3/2012.
"Layar Hitam" telah mengangkat tema tentang pemikiran masyarakat kita pada zaman sekarang terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat di akhir zaman. Pelbagai persoalan telah dihuraikan melalui watak-watak yang terdapat di dalam teater ini. kalau diikutkan ini adalah percubaan pertama aku dalam teater monodrama. Alhamdulillah, kebetulan sebelum teater ni dipentaskan Abg Sabri Yunus telah datang untuk mempersembahkan teater monodramanya yang bertajuk "Menunggu Kata-kata dari Tuhan". Sedikit sebanyak memberi aku idea untuk merealisasikan teater "Layar Hitam" ini.
Sinopsis mengenai teater ini akan aku tulis selepas training ke-2 kami pada malam ini. InsyaAllah semoga teater ini memberi kebaikan kepada semua... InsyaAllah....
*gementar untuk beraksi di pentas yang pernah dikuasai oleh Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Ogy Ahmad Daud..... huhu........

Tuesday, 28 February 2012
5 tapak 1 minit
satu demi satu
selang saat selang minit
waktu berjalan bersama kita
kita tidak perlu berlari
mahupun mengejar
hanya mengikut jejak 5 tapak
bukan sukar untuk berjalan
tapi bukan mudah untuk menurut
setelah jiwa dibadai suka
tapak harus diikut
waktu semakin suntuk
tiada masa untuk kita mengantuk
bangunlah bersama menuntut apa yang patut...
situasi:menunggu azan Isyak
sebalik makna: kita diwajibkan solat 5 waktu sehari
tempat: bilik asrama
masa:8.49 mlm
tarikh:28 Mac 2012

Wednesday, 22 February 2012
Mata 'Telanjang'
dia cantik
dia lawa
memikat jiwa
jiwa terpesona tanpa kata
mata aku melihat dia
mulut aku bicara cinta
hati kecil berkata sayang
tapi mulut terus melayang
eeemmm....
mungkinkah ini tak lepas pandang
atau mata telanjang?huhu...
*fikir-fikirkan ;)
dia lawa
memikat jiwa
jiwa terpesona tanpa kata
mata aku melihat dia
mulut aku bicara cinta
hati kecil berkata sayang
tapi mulut terus melayang
eeemmm....
mungkinkah ini tak lepas pandang
atau mata telanjang?huhu...
*fikir-fikirkan ;)
Sunday, 19 February 2012
Boneka
Masalah?
aduh... masalah ini, masalah itu
perlukah aku bermasalah lagi?
masalah boleh jadi salah
eemmm... aku yang berpaling tadah
aku membuka tanpa menutup
aku bersedia tapi mengalah
betulkah, pasrah itu menyerah?
ataupun aku salah
duit bukan saksi
kau kaya aku miskin
kau hina aku keji
akhirnya tinggal yang 'terpuji'
kita bukan boneka
ditolak ke sana kita lemas
ditarik ke sini kita mati
BERHENTI!!!!!!!
KITA BUKAN BONEKA!!!!
cuba menilai dari jarak yang pasti
dari landasan yang terperinci
adakah pasti kita harus bermasalah?
letakkan iris kita pada titik damai
damai yang menghadiahkan ketenangan
ketenangan yang menguji kesabaran
dan diselesaikan dengan penyelesaian
tidak salah untuk bersalah
asalkan tidak menyerah
pasti ada risalah kita pelajari
masalah bukan bencana
bukan pula bahagia
namun ia titik pertemuan
antara semalam, hari ini dan esok
Situasi: kat bilik-da nk tidur, sok ada kuiz Quality Control-nanti nk bgn awal untuk sambg stdy.
Masa: 1.41a.m
Tarikh: 20 Febuari 2012
Intipati: marilah kita sama-sama belajar sesuatu daripada kesilapan dan masalah yang kita, kerana pasti ada hikmat disebalik setiap apa yang berlaku ke atas kita. Allah SWT Maha Mengetahui.... ;)

Friday, 17 February 2012
Kau Marah Kau Bodoh (Amarah)
Adrenalin mengalir deras
saraf otak terus mencubit rasa
Bodoh!!!
Bongok!!!
Bangang!!!
terlintas di benak minda
mana pergi hak hati
tanpa ke depan kita membidas
hanya mengikut kehendak nafsu
menilai tanpa suara
mendengar tanpa bicara
namun dendam menjadi antara
kita lupa
kita lupa akan cinta
kita lupa akan cinta dari Pencipta
ubahlah naluri jiwa
bersihkanlah amarah neraka
pasti yang kristal menikam yang kaca
kau marah
kau bodoh
bodoh berlandaskan jahil
jahil bercerminkan dajjal
buka ruang untuk kita berfikir
untuk kita mencari bukti sejati
sabar bukan mengalah
tapi berserah...
...berserah pada Yang Maha Penyayang
*adaptasi dari Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa ada seorng lelaki telah berkata kpd Rasulullah saw "Berilah aku nasihat" Baginda bersabda"Jangan marah" Maka orang itu mengulangi(permintaan) beberapa kali, Rasulullah saw menjawab: "Jangan marah!" (diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Subscribe to:
Posts (Atom)