Saturday, 28 January 2012

Patriotik 'kotor'

Lari dari perut gajah keluli
Serbu ke dalam usus tedung besi

Kelibat insan merentasi masa
Ada yang berbogel mati
Ada yang selubung sedar
Jauh berbeza dari pasir azali hayatku
Tapi itulah neraca kota
Mentaliti mengatasi iman di hati

Jalur merah dan putih menarik irisku
Adakah itu hanya istilah ilusi?
Disimpan sepi, terbiasa kaku

Sambil memandang kerangka bernama Melayu
Aku terfikir
Inikah Melayu, tinggalan Hang Tuah hari ini?

Menangis, mengeluh, mengerang
Sedih, kesian, marah
bukan lagi benda asing dalam cecair naluriku

kotornya patriotik dalam perut tedung besi ini
ia hanya khusus pada sejagat
yang amnya masih menyengat
lupa akan segala
hingga sebati dengan akar umbinya

Segala yang terbuku, hanyalah dapat disirat

masa: 11.25 pagi
tempat: dalam Putra LRT-menuju ke Setiawangsa
situasi: menuju ke pejabat




Akar atau Buah?

Broom... broom...
kuda berkaki dua lari seperti selalu
menjeling pada aku yang berbumbung hentian gajah keluli

kumpulan binatang berenjin, pantas menyapa
berkejaran mengikut litar bumi kota
terbenam di setiap saraf otakku
adakah jalan pintas untuk aku berlari seperti mereka?

aku masih kecil
masih diberi susu
tapi benak hati bereformasi
meminta untuk didewasakan

berpegang pada dua ranting pohon
bukan semudah 123
daun selari lurus sampai ke akar daging
pucuk jemari bercabang, meranum menuju buah

akar atau buah?
yang mana pilihan sebenar?
berserah pada yang Maha Karya Cinta

masa: 11.00 pagi
tempat: pondok hentian bas RapidKL universiti
situasi: menuju ke pejabat untuk menyiapkan FYP

Persamaan Keramat

satu persamaan...
bukan persamaan musuh pada perbezaan
persamaan pada bendalir bernama kimia

adilnya bak zarah halus
tidak terpandang iris kasar
setimpal dengan durasi sekarang
namun, jauh menyempang dari organasasi semasa
kerna nyanyuk jiwa
angkara legam dibawa barat

satu dibalas dengan sepuluh
satu dibalas dengan pemadam sepuluh coretan pensel
satu dibalas dengan sepuluh pangkat tentera di dada

hanya dengan satu
satu PERSAMAAN KERAMAT
penentu matlamat

* diilhamkan dari Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim
Rasulullah saw bersabda:
"Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah swt berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah swt menghapuskan sepuluh kesalahan(dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya."

hitam putih segitiga

gamma kecil membuka langkahnya
tapak bayangnya laluan pemalar bayu
hembusan haba melengkapi sebuah segitiga

jauh tersasar sang bayu
namun dipegang erat si gamma kecil

hilang sudah kehangatan geseran haba
dipanaskan dengan percikan gamma kecil

akhirnya segitiga bersatu
berpadu
jitu
dan setuju

penghubung mereka kurungan pemerintah
bukan 3
bukan 4
tapi hanya 2

hitamnya hati sang bayu
putihnya hati sang haba
terbias ke arah kelabu si gamma kecil

hitam didarab dengan putih
putih dikali dengan kelabu
lalu dikurung dalam penjara kasih
hawa telinga yang deras mula terpancar

*dedikasi istimewa untuk ahli kumpulan FYP aku... Cik Dayah n En Amin ;)

-base on, formula of Speed of Sound



Friday, 27 January 2012

The Pieces of Cakes


Lift of my soul attacks the weight
Thrust of my spirit kills the drag
Makes me weak in my dream

The pieces of cakes multiply by heart, gives me the answer
Without formula
Without calculation
By using rational of mind

My huge mission
My huge vision
But
The reality makes me down

Whatever will happen?
Wherever it will happen?
Whenever it will happen?
Just leave in my mind
The answer will come out
soon…


JUMAAT PUTIHKU

1 hari... 24 jam... 1440 minit... 86400 saat...

aku menunggu, tanpa jemu
namun tidak sedikit terkedu pada lapisan adrenalinku

hanya 4 darah merah yang mengalir dalam urat otakku
hanya 4 tutur kata menzahirkan sebutan padaku
hanya 4
bukan 40 
bukan 400
bukan 4000

tapi... mengalirnya darah ini bukan kerana sinonim
menyebutnya kata ini pun bukan kerana geseran antonim
namun datang dari ikhlas organ yang bernama hati

JUMAAT PUTIH melingkari hariku
putihnya memantul cahaya, membias ruang bebas
bagaimana harus aku corakkannya?
masihkah ada ruang untuk aku?setelah suku abad aku diberi peluang

kelu lidah bicara sendiri
beku minda berfikir sendiri

aku masih di sini
menadah syukur berserta sujud tanda redhaku
sesuci JUMAAT PUTIHKU...  

Itulah aku

aku dimensikan hidupku dalam bentuk-bentuk jiwa
ukurannya ku ilhamkan dari sekeping hati
biarpun terkadang jiwa itu retak dihentak tukul dosa
namun naluri dari hati membiaskan cahaya sesal

daya tujah dalam diriku, membawa aku ke sini
berpijak pada graviti bumi yang menarik setiap zarah hidup
aku tertanya di sanubari, kenapa aku di sini? apakah sebab dan penyebabnya?

sebesar gajah terlepas pandang dari sekecil zarah dapat ku zahirkan
itulah aku...