bukan salah masa
mahupun tahun yang dikira
cuma perasaan yang membuka rasa
2012 telah ditempuh aku
persediaan menempuh 2013
takkan berpaling ke belakang
01012013 membuka bilangan
aku aku tawan sampai ke 31122013
janji yang pasti membawa erti
mengubah tak semestinya berubah
menukar tidak lagi bertukar
yang diharap agar lebih berikhtiar
moga menjadi ikhtibar
mungkin pahit sebelum
semestinya manis selepas
kuasa yang Maha Pencinta
Maha Mencipta
No comments:
Post a Comment