Sunday, 1 December 2013

Bogel Untuk Dia

Biar mata membaca tapi hati tetap meratapi
Tiap apa yang dilafaz,melafaz dan terlafaz
Hanya dia dipandang hati

1-2-3 tak cukup untuk dihayati
Mungkin tiada makna lagi untuk memberi
Tapi hati degil cuba untuk pergi

Maruah bagai dipijak oleh ego yang bernanah di hati
Hanya mati mampu melupa setiap apa yang diberi

Maruah dibogel tanpa ego
Jiwa bergegar bagai gempa
Hati dirobek tanpa belas
Namun hanya mampu melihat tanpa merawat

*************
-depan ikan kesayangan
-pukul 11.35mlm

-1/12/2013

Monday, 29 April 2013

Mati Menunggu Jasad

mati aku bukan pada anggota
hidup aku bukan pada nyawa
kerna aku pendusta

bagi barah dalam kehidupan
tak nampak pada mata
namun jauh tersasar pada hati

malu bukan lagi perisai
menjadi penggoda untuk membuat dosa
titik-titik hitam kian kelam
membunuh setiap iman di dada

rasa bodoh tak diendah
rasa malu pula dipandang rendah

memang patut untuk tunduk
tunduk bukan paras lutut
tapi tunduk menyembah bumi

mati tetap mati
namun banyak lalai dalam sedar
mengungkap matinya hati menunggu jasad

masa: 10:12mlm
tarikh: 29/4/2013
hari: Isnin




LESU

Hujan ribut bagaikan saksi
biarkan berhati besi
namun jiwa masih teruji

LESU bukan penyudah hari
tak terlintas untuk berlari
tapi... ia tetap mencari

heboh satu benua
berkongsi rasa bukan untuk aku
membelah dada tak sesekali berlaku
mungkin aku terlalu sembunyi?
persoalan yang memahat seribu erti

tulangku rapuh merempuh detik-detik sepi
uratku terbelit, tersimpul melihat kerenah hati
aku bingit dengan kicauan kata hati
bosan dengan saat yang pergi
ingin kembali ditemani yang sejati
tapi aku berlari tanpa kaki
aku berenang tanpa air
dan aku bernafas tanpa udara

inilah aku... LESU mereput jiwa... meludah rasa... membunuh anggota...

tarikh: 29/4/2013
hari: Isnin

Wednesday, 16 January 2013

Dengar!!! Dengar!!! Cakap!!! Cakap!!!

kau ke timur aku ke barat
mereka sorak
aku hitam kau putih
mereka melalak
bila kena semua teriak

kecil jadi besar
buta jadi nampak
pekak jadi dengar
tapi kaku berhati batu

aku cakap kau dengar
kau cakap aku dengar
mereka cakap?
semua dengar

betul memang layak untuk diangkat
salah berhak diperbetul
betul salah jadi sorakan
siapa menang?
siapa kalah?
tanya hati
bimbing jiwa

hak bukan tak hormat
tua bukan sentiasa betul
tetap berbalik pada senjata halus
halus yang tak pernah tulus

#IsuListenListenListen

Saturday, 12 January 2013

Aku Tak SEMPURNA

aku abdikan diri pada keSEMPURNAan
fikir akan impian namun abaikan kewarasan
minta untuk dicintai tanpa keringat untuk mencintai
detik tidak menunggu aku
ia pergi...
terus pergi....
....dan berlalu pergi

siapakah aku untuk bergelar SEMPURNA?
bukankah hanya seorang insan
insan yang serba kekurangan
serba kedaifan ketika bermain dengan cinta

harapan demi harapan
ruang berganti peluang
cinta dan setia diiring bersama
tetap aku buta ketika hati berkata cinta
SEMPURNA juga yang aku cari
cari dan terus mencari
sehingga sakit, perit tak terperi

aku mencarimu bukan untuk mengikut
aku mencarimu bukan untuk menunjuk
aku mencarimu hanya untuk berkongsi rasa
aku mencarimu hanya untuk melengkap cinta

Ya Allah swt, Ya tuhanku
maafkan aku, ampunkan aku
selama ini aku berkata riak
bersifat angkuh atas apa yang aku miliki
SEMPURNA itu hanya milikMu
tiada yang SEMPURNA selainMu, Ya Allah swt

Mohon sepuluh jari untuk aku berkata maaf
buat insan-insan yang pernah bersamaku
maafkan aku akan kekhilafan yang pernah aku lakukan
aku tak SEMPURNA buat kalian
biarlah harapan yang pernah kita ukir bersama sebahagian cerita kita
terima kasih memberi peluang berserta ruang
mungkin cinta itu bukan untuk kita
takdir penentu yang tersirat
sehingga terluah yang tersurat...





Monday, 31 December 2012

Bebas 2012 Berani 2013

bukan salah masa
mahupun tahun yang dikira
cuma perasaan yang membuka rasa
2012 telah ditempuh aku
persediaan menempuh 2013

takkan berpaling ke belakang
01012013 membuka bilangan
aku aku tawan sampai ke 31122013
janji yang pasti membawa erti

mengubah tak semestinya berubah
menukar tidak lagi bertukar
yang diharap agar lebih berikhtiar
moga menjadi ikhtibar

mungkin pahit sebelum
semestinya manis selepas
kuasa yang Maha Pencinta
Maha Mencipta

Thursday, 20 December 2012

Kata Berbara Hasad

Dekat jangan sekali rapat
jauh mungkin lebih erat...

Sekali aku terasa akan bara
pasti roh hati berkata bisa
namun aku memberi percaya
mungkin mereka berlainan cerita

sedetik aku terfikir
terdengar dan terlihat akan kata mereka
sebelumnya tidak berbau hasad
tidak pula sepanas bara
sekarang semua berubah
bukan ombak merubah pasir seperti biasa
tapi bodoh yang merubah pendirian mereka

Sinis pada zahir tidak bermakna ia tidak bererti
kadangkala ia boleh membawa mati
mati bukan pada nafas
tapi mati akan harapan yang tertanam

tidak pernah puas dengan apa yang ada
cuba membunuh untuk yang tiada
asalkan jiwa puas menggenggam mahkota

itulah adat manusia
bendul jangan disangka lurus
bodoh jangan disangka lemah
selagi bernama manusia
hati tidak terlepas daripada sesat...

Masa: 12:10 pg
Situasi: lepas penat sediakan material utk Final Exam
Tempat: dalam bilik asrama

Rowin Berahim 2012 


Sunday, 16 December 2012

BELANGKAS BODOH

A jalan ke kiri B jalan ke kiri
A lari setempat C lari setempat
berhenti sekejap menunggu D, E.... yang datang untuk melekat
itulah belangkas yang sangat tak bertempat

apa yang tertulis lebih teruk dari yang bertulis
lebih bodoh hendak memilih tetapi berangan menjadi yang terpilih

perangai menyokong fakta
nota yang pasti bergetar
pandai berbicara untuk berputar
tapi akhirnya diri sendiri yang berbelit
digabung semua menjadi putar belit si getar

tengok muka semua memang suci
mengalahkan jiwa yang kelam
bila berangkai mereka memang berakal
tapi bodoh juga pengakhir jalan

cukuplah hanya sekali
semoga otak meleraikan hati
memang bagus untuk bersama
namun jangan sampai bergelar BELANGKAS BODOH

*khas buat mereka dan dia...

Sunday, 30 September 2012

Bangkai Neraka

Nama dia bukan Ah Meng tapi Abu
kekasih dia bukan Dewi tapi Minah
tapi bila mereka berkata cinta
semua indah bahgia menggapai bulan

perhati akan telatah namun tak melatah
biar dalam hati
apatah lagi gerak diri
mulut hanya terkunci mati
inilah realiti

semakin hari semakin ramai
ramai yang berlindung dibalik kubah
mengaku berfikir
tanpa akal
mengaku berserah
tanpa redha
jangan sampai tersalah laku

bau busuk menikam hidung
bangkai demi bangkai bertanam dosa
kita menghidu tapi tak terkedu
kita melihat tapi hanya gelagat

bangkai tetap bangkai
di dunia boleh bersuara
di bumi boleh mengilai
ikhlas hati jadi penyebab

tidak takut akan neraka
kerana hati sudah buta pahala
mereka hanyut dibawa arus
kita diam membuta tuli
asal tidak terkena diri...

mesej: GEJALA SOSIALgelagat anak muda hari ini seperti tidak mengenali agama dan budaya, kerana terlalai dengan hiburan dunia. Ditambah pula dengan golongan terpelajar, mereka yang lebih tua dan mereka yang memimpin, hanya tahu melihat dan mengutuk tanpa mengambil sebarang tindakan.(sesetengah dari mereka)

Saturday, 29 September 2012

Persoalan Bodoh

walau aku benci tetap juga ia kembali
sekilas pandang bagai sembilu membelah jiwa
hari ini... saat ini... mula aku rasakan getarnya
bagai berjalan tak bergerak
bagai bernafas tak bernyawa

perhatian burung yang bebas terbang
sang ganas membaham mangsa kerdil
membawa aku untuk terus sembunyi

jiwa kecil ini takut akan kecewa, menyesal dan malu
namun jiwanya masih teguh berdiri di atas paksi seni
terkadang mahu lari... lari... dan lari pergi tak kembali

tapi, satu persoalan tumbuh di dada
yang membawa 1001 kata
merangsang setiap penjuru akal
pada pangkalnya aku membutakan hatiku
aku berfikir, adakah ini PERSOALAN BODOH untuk menyesatkan jiwa?
tapi.. tapi aku mendengarnya dengan bersulam peka di telinga

adakah kamu mahu runtuhkan istana yang hampir siap?
adakah kamu mahu mensiakan waktu yang terlentang?
adakah kamu mahu menghancurkan harapan semua pengawal kamu?

dan aku mula diam
diam bukan bodoh
diam berbicara dengan akal
hati aku berkata... ini bukan PERSOALAN BODOH
tapi membawa bicara ku yang tersirat
dan aku terus terdiam mencari sahsilah diri...




SAKIT MARAH SEDIH BODOH

SAKIT SAKIT SAKIT
siapa peduli
hanya mengeji
tidak terperi

MARAH MARAH MARAH
bukan orang mengerti
dibuatnya membuta tuli
tapi pasti ada yang mengerti

SEDIH SEDIH SEDIH
tidak akan beralah
takkan aku mahu mengalah
tapi sabar aku makin lelah

BODOH BODOH BODOH
apa yang dicari?
jangan cuba untuk bermimpi 
dia semua tidak akan kembali!!!!!

... aku SAKIT kerana MARAH akan orang berSEDIH mengenangkan otak yang BODOH...

Bulan 29 September

Jingga sakit peneman malam
selari dengan jiwa sang pungguk
hitam kelam tetap bertahan
untuk berjalan seribu tahun

hati tetap hati
tidak pernah untuk sembunyi
otak pening bukan mengeluh
tapi memberi kata simpati

malam masih bermimpi
mencari-cari bintang sejati
namun apa daya lagi
habis ditinggal pergi

datang dan pergi neraca hidup
siang malam silih berganti
bulan dan bintang terus di situ
biarkan mentari pasti akan tiba...

Sunday, 2 September 2012

Aku Budak Kampung

Biarpun aku terbang hingga ke langit tujuh
atau berenang ke dasar lautan
tetap ku idam akan bayu tumpah darahku

Aku tak pernah malu untuk menjadi budak kampung
apatah lagi menyesal bergelar orang kampung
kerna aku tahu hati Si Penghuni Kampung

Sejauh mana aku berlari
Setinggi mana aku mendaki
tiada yang mampu menahan aku
untuk rindu pada kampungku

Zarah bayu yang berkumpul di sini
jauh lebih segar dari semua ruang di muka bumi ini
memberi aku inspirasi untuk lebih mengenali alam sebenar

Pondok tua tanda kasih sayang kami sekeluarga
Sungai tua menjadi tempat kami untuk bergembira

Bermula dari kampung hingga ke kota
mencari ilmu untuk kami semua....
tanpa melupakan apa yang ada
terus maju berdikari
teguh berdiri semangat diri....

*lepak2 di kampung tepi sungai, Tanah Merah, Kelantan

Tuesday, 21 August 2012

Tsunami Raya

Awan mendung bagai mengerti istilah sepi
biar ia menjadi mimpi yang tak pasti
namun apa daya aku....
hanya mampu berdiam diri

Sedangkan pantai akan berubah
bukit akan runtuh
air akan surut
dan jiwa akan meruntun...

Tsunami di Aidilfitri terjadi lagi
aku seakan lali dengan ombak jahat
menghempas tebing kesabaran
tapi aku tetap bertahan

Mungkin kerna hati aku masih di sini
moga rahmat Syawal membuka jiwa kita
untuk mengerti tentang cinta yang sebenar...








Saturday, 11 August 2012

LAYANG-LAYANG BODOH

Aku pernah hilang bayu
Biarpun berpaut sebuah janji
Namun jiwa tetap terbang
terbang dan terus berterbangan
tanpa bayang...

Aku layang-layang bodoh
Hanya percaya pada mimpi
Tidak mampu untuk terbang sendiri
Hanya bersandar akan sepi...

BAYU MEMBUNUH AKU!!!
TALI MENYESAT AKU!!!
KINI APA YANG AKAN BERLAKU?!!!

Hanya DIA MAHA TAHU...

Bukan menyesal kerna membisu
tetapi redha dengan yang berlalu...

Harapkan bebasku bawa aku pergi
Yakin mencari apa yang diimpi.

AHMED ROWIN
Situasi: Lepak dalam bilik kat Terengganu
 



Thursday, 26 July 2012

Hari Sedih Aku

Setiap apa yang kita rancang tak semestinya akan terjadi...
aku sebagai manusia yang tak sempurna sudah penat merancang...
merancang dan terus merancang
tetapi realiti bukan seperti yang dirancang

Sedih dan suka adalah berbeza tetapi masih lagi sama
sama dalam mengajar aku untuk lebih memahami kehidupan
sampai bila aku harus lari dari sediah dan suka
semuanya akan datang dalam hidup ini sebagai asam dan garam

Friday, 29 June 2012

Assalammualaikum...

     Alhamdulillah, akhirnya ada jgk masa untuk saya menulis blog R-Book ni. Betul kata orang tua2 kalau nak ikutkan sibuk sampai bila2 pn takkan habis. Sebenarnya banyak benda yang ingat saya kongsikan, InsyaAllah...

p/s: lama dah tak "berseni" asyik sibuk "berinjin"

Saturday, 12 May 2012

Al-Fatihah buatmu

Tika insan mengulit mimpi
belayar melayan fantasi
aku bangkit tanpa niat

sepi sunyi malam mengecilkan hatiku
kenangan bersamanya menusuk kalbuku
adalah benar realiti hari ini?
aku sudah kehilangan dia?

aliran mata bukan salah
bingkisan sebak tidak ku endah
rupanya ia telah terlukis
bangunku bukan sia-sia

basuhan suci aku angkat bersama niat
hati aku merah bak ditumbuk
lantas aku mengangkat takbir

hatiku bertanya
kenapa takbirku berteman mutiara mata
mindaku terus dipukul tika
wajah dia
suara dia bermain di jiwa

selesai sudah aksi beralas kalimah Yang Maha Esa
kini ku teruskan dengan sebutan naskhah cinta
Surah Yasin menjadi hadiah kata
satu-satunya pengikat kita dan Dia

selamat bersemadi Bonda
beradumu bukan untuk waktu yang lama
akan aku datang berteman mereka
agar kita selama akan bersama
Al-fatihah kasih buatmu Ibu...

p/s:Istimewa buat Arwah ibuku(Hjh. Che Yam bt Mat Il)... Selamat Hari Ibu... semoga dia ditempatkan dikalangan kekasih-kekasihMu Ya Allah swt....

Monday, 7 May 2012

Meratah bangsa

tersentap aku menatap muka kertas
setiap hati basah bermandikan darah
pelbagai babak berbagai lakonan
aku hanya berdiam pendam

mengapa 'mereka' menghias hanya 'rumah'
tidak tahu kah 'mereka' isi dalamnya penuh nanah?

jika ditegur melenting suara
jika dilarang membunuh luka

adakah 'mereka' buta akan dunia kita?
ataupun BODOH bersalut BEBAL?
kemana bangsa?agama?
bila ego beraja di jiwa

nak dinasihat 'mereka' lebih mengerti
nak ditentang hanya teguh pendirian diri
maka hanyutlah kita
menunggu masa untuk 'binasa'

bila darah tumpah bukan di tanah jua!!!...
habis bangsa, agama, negara diratah 'mereka'!!!

p/s: fikirkan disebalik setiap kata-kata. sedih membaca surat khabar setiap hari, dibanding dengan mentaliti org yg 'berkuasa'.huhu

Friday, 4 May 2012

Gimik Celpad

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mempersembahkan gimik untuk program Celpad(Kulliyyah Bahasa) di universiti aku. Kali ini aku menggabungkan 2 elemen iaitu tarian dan seni mempertahankan diri. tajuknya adalah 'CITRA CINTA'... ini adalah program terakhir untuk aku sebelum sem depan.(selain untuk menghantar penyertaan untuk Festival Filem n Video Pelajar). walaupun kami hanya berlatih hanya untuk 3 hari segalanya berjalan lancar. hari ke2 latihan kaki ak kejang.huhu.tapi alhamdulillah, masa hari kejadian semua berjalan lancar. ini antara gambar mereka yang terlibat. Tq: Zhaf, Farid, Zubir, Fakhrul, Aizan, Zikry, Rams dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.

 tengah menggunting baju-baju....
 sesi make-up....
 Zhaf...
 Aizan....
 aku....
 Fakhrullah...
 Rams...
Zikry...