Monday 31 December 2012

Bebas 2012 Berani 2013

bukan salah masa
mahupun tahun yang dikira
cuma perasaan yang membuka rasa
2012 telah ditempuh aku
persediaan menempuh 2013

takkan berpaling ke belakang
01012013 membuka bilangan
aku aku tawan sampai ke 31122013
janji yang pasti membawa erti

mengubah tak semestinya berubah
menukar tidak lagi bertukar
yang diharap agar lebih berikhtiar
moga menjadi ikhtibar

mungkin pahit sebelum
semestinya manis selepas
kuasa yang Maha Pencinta
Maha Mencipta

Thursday 20 December 2012

Kata Berbara Hasad

Dekat jangan sekali rapat
jauh mungkin lebih erat...

Sekali aku terasa akan bara
pasti roh hati berkata bisa
namun aku memberi percaya
mungkin mereka berlainan cerita

sedetik aku terfikir
terdengar dan terlihat akan kata mereka
sebelumnya tidak berbau hasad
tidak pula sepanas bara
sekarang semua berubah
bukan ombak merubah pasir seperti biasa
tapi bodoh yang merubah pendirian mereka

Sinis pada zahir tidak bermakna ia tidak bererti
kadangkala ia boleh membawa mati
mati bukan pada nafas
tapi mati akan harapan yang tertanam

tidak pernah puas dengan apa yang ada
cuba membunuh untuk yang tiada
asalkan jiwa puas menggenggam mahkota

itulah adat manusia
bendul jangan disangka lurus
bodoh jangan disangka lemah
selagi bernama manusia
hati tidak terlepas daripada sesat...

Masa: 12:10 pg
Situasi: lepas penat sediakan material utk Final Exam
Tempat: dalam bilik asrama

Rowin Berahim 2012 


Sunday 16 December 2012

BELANGKAS BODOH

A jalan ke kiri B jalan ke kiri
A lari setempat C lari setempat
berhenti sekejap menunggu D, E.... yang datang untuk melekat
itulah belangkas yang sangat tak bertempat

apa yang tertulis lebih teruk dari yang bertulis
lebih bodoh hendak memilih tetapi berangan menjadi yang terpilih

perangai menyokong fakta
nota yang pasti bergetar
pandai berbicara untuk berputar
tapi akhirnya diri sendiri yang berbelit
digabung semua menjadi putar belit si getar

tengok muka semua memang suci
mengalahkan jiwa yang kelam
bila berangkai mereka memang berakal
tapi bodoh juga pengakhir jalan

cukuplah hanya sekali
semoga otak meleraikan hati
memang bagus untuk bersama
namun jangan sampai bergelar BELANGKAS BODOH

*khas buat mereka dan dia...