Sunday 30 September 2012

Bangkai Neraka

Nama dia bukan Ah Meng tapi Abu
kekasih dia bukan Dewi tapi Minah
tapi bila mereka berkata cinta
semua indah bahgia menggapai bulan

perhati akan telatah namun tak melatah
biar dalam hati
apatah lagi gerak diri
mulut hanya terkunci mati
inilah realiti

semakin hari semakin ramai
ramai yang berlindung dibalik kubah
mengaku berfikir
tanpa akal
mengaku berserah
tanpa redha
jangan sampai tersalah laku

bau busuk menikam hidung
bangkai demi bangkai bertanam dosa
kita menghidu tapi tak terkedu
kita melihat tapi hanya gelagat

bangkai tetap bangkai
di dunia boleh bersuara
di bumi boleh mengilai
ikhlas hati jadi penyebab

tidak takut akan neraka
kerana hati sudah buta pahala
mereka hanyut dibawa arus
kita diam membuta tuli
asal tidak terkena diri...

mesej: GEJALA SOSIALgelagat anak muda hari ini seperti tidak mengenali agama dan budaya, kerana terlalai dengan hiburan dunia. Ditambah pula dengan golongan terpelajar, mereka yang lebih tua dan mereka yang memimpin, hanya tahu melihat dan mengutuk tanpa mengambil sebarang tindakan.(sesetengah dari mereka)

Saturday 29 September 2012

Persoalan Bodoh

walau aku benci tetap juga ia kembali
sekilas pandang bagai sembilu membelah jiwa
hari ini... saat ini... mula aku rasakan getarnya
bagai berjalan tak bergerak
bagai bernafas tak bernyawa

perhatian burung yang bebas terbang
sang ganas membaham mangsa kerdil
membawa aku untuk terus sembunyi

jiwa kecil ini takut akan kecewa, menyesal dan malu
namun jiwanya masih teguh berdiri di atas paksi seni
terkadang mahu lari... lari... dan lari pergi tak kembali

tapi, satu persoalan tumbuh di dada
yang membawa 1001 kata
merangsang setiap penjuru akal
pada pangkalnya aku membutakan hatiku
aku berfikir, adakah ini PERSOALAN BODOH untuk menyesatkan jiwa?
tapi.. tapi aku mendengarnya dengan bersulam peka di telinga

adakah kamu mahu runtuhkan istana yang hampir siap?
adakah kamu mahu mensiakan waktu yang terlentang?
adakah kamu mahu menghancurkan harapan semua pengawal kamu?

dan aku mula diam
diam bukan bodoh
diam berbicara dengan akal
hati aku berkata... ini bukan PERSOALAN BODOH
tapi membawa bicara ku yang tersirat
dan aku terus terdiam mencari sahsilah diri...




SAKIT MARAH SEDIH BODOH

SAKIT SAKIT SAKIT
siapa peduli
hanya mengeji
tidak terperi

MARAH MARAH MARAH
bukan orang mengerti
dibuatnya membuta tuli
tapi pasti ada yang mengerti

SEDIH SEDIH SEDIH
tidak akan beralah
takkan aku mahu mengalah
tapi sabar aku makin lelah

BODOH BODOH BODOH
apa yang dicari?
jangan cuba untuk bermimpi 
dia semua tidak akan kembali!!!!!

... aku SAKIT kerana MARAH akan orang berSEDIH mengenangkan otak yang BODOH...

Bulan 29 September

Jingga sakit peneman malam
selari dengan jiwa sang pungguk
hitam kelam tetap bertahan
untuk berjalan seribu tahun

hati tetap hati
tidak pernah untuk sembunyi
otak pening bukan mengeluh
tapi memberi kata simpati

malam masih bermimpi
mencari-cari bintang sejati
namun apa daya lagi
habis ditinggal pergi

datang dan pergi neraca hidup
siang malam silih berganti
bulan dan bintang terus di situ
biarkan mentari pasti akan tiba...

Sunday 2 September 2012

Aku Budak Kampung

Biarpun aku terbang hingga ke langit tujuh
atau berenang ke dasar lautan
tetap ku idam akan bayu tumpah darahku

Aku tak pernah malu untuk menjadi budak kampung
apatah lagi menyesal bergelar orang kampung
kerna aku tahu hati Si Penghuni Kampung

Sejauh mana aku berlari
Setinggi mana aku mendaki
tiada yang mampu menahan aku
untuk rindu pada kampungku

Zarah bayu yang berkumpul di sini
jauh lebih segar dari semua ruang di muka bumi ini
memberi aku inspirasi untuk lebih mengenali alam sebenar

Pondok tua tanda kasih sayang kami sekeluarga
Sungai tua menjadi tempat kami untuk bergembira

Bermula dari kampung hingga ke kota
mencari ilmu untuk kami semua....
tanpa melupakan apa yang ada
terus maju berdikari
teguh berdiri semangat diri....

*lepak2 di kampung tepi sungai, Tanah Merah, Kelantan