Saturday 28 January 2012

Patriotik 'kotor'

Lari dari perut gajah keluli
Serbu ke dalam usus tedung besi

Kelibat insan merentasi masa
Ada yang berbogel mati
Ada yang selubung sedar
Jauh berbeza dari pasir azali hayatku
Tapi itulah neraca kota
Mentaliti mengatasi iman di hati

Jalur merah dan putih menarik irisku
Adakah itu hanya istilah ilusi?
Disimpan sepi, terbiasa kaku

Sambil memandang kerangka bernama Melayu
Aku terfikir
Inikah Melayu, tinggalan Hang Tuah hari ini?

Menangis, mengeluh, mengerang
Sedih, kesian, marah
bukan lagi benda asing dalam cecair naluriku

kotornya patriotik dalam perut tedung besi ini
ia hanya khusus pada sejagat
yang amnya masih menyengat
lupa akan segala
hingga sebati dengan akar umbinya

Segala yang terbuku, hanyalah dapat disirat

masa: 11.25 pagi
tempat: dalam Putra LRT-menuju ke Setiawangsa
situasi: menuju ke pejabat




Akar atau Buah?

Broom... broom...
kuda berkaki dua lari seperti selalu
menjeling pada aku yang berbumbung hentian gajah keluli

kumpulan binatang berenjin, pantas menyapa
berkejaran mengikut litar bumi kota
terbenam di setiap saraf otakku
adakah jalan pintas untuk aku berlari seperti mereka?

aku masih kecil
masih diberi susu
tapi benak hati bereformasi
meminta untuk didewasakan

berpegang pada dua ranting pohon
bukan semudah 123
daun selari lurus sampai ke akar daging
pucuk jemari bercabang, meranum menuju buah

akar atau buah?
yang mana pilihan sebenar?
berserah pada yang Maha Karya Cinta

masa: 11.00 pagi
tempat: pondok hentian bas RapidKL universiti
situasi: menuju ke pejabat untuk menyiapkan FYP

Persamaan Keramat

satu persamaan...
bukan persamaan musuh pada perbezaan
persamaan pada bendalir bernama kimia

adilnya bak zarah halus
tidak terpandang iris kasar
setimpal dengan durasi sekarang
namun, jauh menyempang dari organasasi semasa
kerna nyanyuk jiwa
angkara legam dibawa barat

satu dibalas dengan sepuluh
satu dibalas dengan pemadam sepuluh coretan pensel
satu dibalas dengan sepuluh pangkat tentera di dada

hanya dengan satu
satu PERSAMAAN KERAMAT
penentu matlamat

* diilhamkan dari Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim
Rasulullah saw bersabda:
"Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah swt berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah swt menghapuskan sepuluh kesalahan(dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya."

hitam putih segitiga

gamma kecil membuka langkahnya
tapak bayangnya laluan pemalar bayu
hembusan haba melengkapi sebuah segitiga

jauh tersasar sang bayu
namun dipegang erat si gamma kecil

hilang sudah kehangatan geseran haba
dipanaskan dengan percikan gamma kecil

akhirnya segitiga bersatu
berpadu
jitu
dan setuju

penghubung mereka kurungan pemerintah
bukan 3
bukan 4
tapi hanya 2

hitamnya hati sang bayu
putihnya hati sang haba
terbias ke arah kelabu si gamma kecil

hitam didarab dengan putih
putih dikali dengan kelabu
lalu dikurung dalam penjara kasih
hawa telinga yang deras mula terpancar

*dedikasi istimewa untuk ahli kumpulan FYP aku... Cik Dayah n En Amin ;)

-base on, formula of Speed of Sound



Friday 27 January 2012

The Pieces of Cakes


Lift of my soul attacks the weight
Thrust of my spirit kills the drag
Makes me weak in my dream

The pieces of cakes multiply by heart, gives me the answer
Without formula
Without calculation
By using rational of mind

My huge mission
My huge vision
But
The reality makes me down

Whatever will happen?
Wherever it will happen?
Whenever it will happen?
Just leave in my mind
The answer will come out
soon…


JUMAAT PUTIHKU

1 hari... 24 jam... 1440 minit... 86400 saat...

aku menunggu, tanpa jemu
namun tidak sedikit terkedu pada lapisan adrenalinku

hanya 4 darah merah yang mengalir dalam urat otakku
hanya 4 tutur kata menzahirkan sebutan padaku
hanya 4
bukan 40 
bukan 400
bukan 4000

tapi... mengalirnya darah ini bukan kerana sinonim
menyebutnya kata ini pun bukan kerana geseran antonim
namun datang dari ikhlas organ yang bernama hati

JUMAAT PUTIH melingkari hariku
putihnya memantul cahaya, membias ruang bebas
bagaimana harus aku corakkannya?
masihkah ada ruang untuk aku?setelah suku abad aku diberi peluang

kelu lidah bicara sendiri
beku minda berfikir sendiri

aku masih di sini
menadah syukur berserta sujud tanda redhaku
sesuci JUMAAT PUTIHKU...  

Itulah aku

aku dimensikan hidupku dalam bentuk-bentuk jiwa
ukurannya ku ilhamkan dari sekeping hati
biarpun terkadang jiwa itu retak dihentak tukul dosa
namun naluri dari hati membiaskan cahaya sesal

daya tujah dalam diriku, membawa aku ke sini
berpijak pada graviti bumi yang menarik setiap zarah hidup
aku tertanya di sanubari, kenapa aku di sini? apakah sebab dan penyebabnya?

sebesar gajah terlepas pandang dari sekecil zarah dapat ku zahirkan
itulah aku...



perlukah aku ber'BOGEL'???

mereka kata A... aku diam
mereka kata B... aku masih diam
mereka kata C... aku terus diam...

sampai bila, aku harus begini? hanya pandai berkata dengan hati....

pernah sekali aku meluahkan kata, tapi apa yang aku dapat???selain 'pujian' berbunyi "eleh, takat nak nasihat orang xpayah la.... tengok diri ko tu dulu, cam la xpenah buat salah..." ataupun "kau pergi solat, baca quran banyak2 baru datang sini nasihatkan aku, cakap macam diri kau sempurna sangat"... dan "aku tahu kau siapa, xpayah nak hipokrit la"

aku pening.... perlukah aku 'BERBOGEL' dengan dosa belum baligh aku dulu???... perlukah aku 'BERBOGEL' dengan kesalahan bodoh aku dulu???.... baru aku boleh mencegah segala kemungkaran...

ikhlas taubat ku bukan untuk sang dicipta.... tapi hanya untuk Sang Mencipta...

Thursday 26 January 2012

mental attacks

my soul... my heart... were 'bleeding' when i got a call and a message last nite.... huhu... it makes me happy...but i'm still busy today with my FYP.... hopefully the third flight test will be ok.... InsyaAllah....

anyway, anyone that know what makes me excited today... i leave this message for them....

"I am waiting!!!!" hahahhahha... ;)

Kelantan 'BODOH'

....... (beku lidah aku)

dah la KUNO, BODOH lak tu. Memang negeri yang takde tamadun la.

okla, aku tahu org kelantan memang BODOH, KUNO sebab takde wayang yang menjadi tempat kegemaran pasangan bercinta 'meluahkan' cintanya... sebab sesiapa sahaja yang tidak tutup aurat akan diambil tindakkan undang-undang... sebab tiada pusat hiburan yang menjadi tempat segala jenis manusia bertopengkan syaitan memuaskan nafsu....

orang kelantan ni KUNO sebab tiada bangunan-bangunan yang tinggi dan banyak yang boleh menghapuskan segala bukit2 dan gunung...

tapi satu yang buat org kelantan ni dihormati, sebab perlakuan mereka yang 'bertempat'...

aku cukup 'respect' dengan orang yang cakap, "muka dah cantik tapi bau budu" ataupun "macam mana nak cakap KL ni???malu r cakap tersasul ni"...

tak payah nak pergi atau pandang jauh, bagi aku member baik aku sendiri pun selalu 'menyukai' negeri Kelantan... "negeri yang paling tinggi kegiatan jenayah, buang anak, dadah adalah negeri Kelantan"... 'puji' dia dengan bangga sambil baring tanpa menghiraukan azan asar sedang berkumandang, biarpun hutang zuhur masih belum berbayar....

*jadi fikir2kan lah....

Wednesday 25 January 2012

days of chaotic...

sleep-dream of my report
wake up-think of my report

even in toilet, my mind just remind me as 'hurry up!!!!!u have to complete your report!!!!! the whole week i spent my time 2 finish my report but since my UAV does't fly, my 'semangat pahlawan' of student reduce by sleep dream..... huhu....

*my days are only 4 my report.... hopefully, it will be completed by this morning... InsyaAllah.... huhu


AKU 'GAY'

Melihat setiap huruf yang pada laptop aku ni, buat aku terfikir should i write this entry for as a public view? I'm a 'gay'. A statement that will change your perception about me? please please and please guys stop act like 'bangauwing'... kau tanya aku dan aku tanya kau... it like tipikal melayu that say "siapa dia?" or "siapa keluarga dia?" . just 1 question i want to ask, have you ever thing the question like "kenapa dia jadi macam tu?" or statement like "kesian, InsyaAllah satu hari nanti dia akan berubah"... have you ever heard this kind of question or statement in your mind or at least in your heart?.... I don't think so....  it like a JUDGEMENT!!!! please change your mind untuk mengubah mereka ini dan bawa mereka ke jalan yang diredhai olehNya.

aku terlintas untuk menulis isu ini selepas aku terbaca isu ni di satu blog.huhu...

Golongan gay pulak, cam dah jadi kebanggaan untuk mengaku AKU GAY!!!!!!.... dimana letaknya kejadian alam??? lelaki boleh bagi kau anak ke??? kes yang berkaitan dengan kekeliruan jantina yang masuk mahkamah xpayah aku cakap lah, semua dah tahu sb our society ni kalau this kind of berita cepat je nak tahu. bagi yang beragama Islam macamana??? mana pegangan kau pada agama??? Islam bukan hanya pada kad pengenalan kau sahaja atau pada your detail sahaja.Kau jangan nak salahkan society semata-mata sebab kalau kau xikut nafsu dan godaan syaitan takde siapa yang paksa kau jadi gay. Melawan nafsu adalah jihad yang paling besar di dalam Islam, seriously.

Aku mula kenal dengan istilah gay ni semasa aku berada di bandar ni. Sejak aku masuk menyertai teater semakin ramai yang bercerita mengenai isu ni. Pada mulanya aku bukan ambil peduli pun tapi terlintas juga dalam fikiran aku kenapa dia jadi gay? member2 aku cakap ramai lelaki kat dalam FB tu gay, tapi xpenah pulak aku jumpa. Tapi aku ada terbaca majalah yang mengupas isu ni, baru lah aku faham.

Pada aku, aku tak kisah pun pada masyarakat dan golongan gay ni, tp yang buat ak 'tersenyum' tu adalah orang yang ingat ak ni gay.So, yang jadi mangsa adalah orang yang act like childish, no wonder if some people think i am a gay sebab dengan muka jambu dan emotional lebih, kelakuan macam budak. melompat sana melompat sini... huhu... tapi yang pasti silap aku adalah, aku ingat semua orang ni macam keluarga aku gak, termasuklah member2 dekat ngan ak. memang tak dinafikan aku lebih rapat ngan lelaki sebab 'senang citer' kalau ada kes apa2 pn. sepanjang hayat aku aku pernah gaduh ngan semua mmbr bek aku, tp kami still jd kawan sampai ke hari. tapi ada sorang perempuan ni aku pernah gaduh and sampai sekarang masih bergaduh. aku pun tak tahu la aku yang emo atau dia yang terlebih emo.huhu...

Satu lagi, orang akan panggil kau gay kalau kau tiada teman wanita yang boleh dibawa berjalan-jalan, melepak di tempat gelap sampai pegang tangan atau yang boleh bergayut sampai ke pagi...CEASED TO BE A FOOL!!!! kalau ada teman wanita untuk buat dosa bek tak payah. Bagi aku, kuasa cinta selepas kahwin adalah sesuatu yang amat manis dan yang penting HALAL. Wanita bernama isteri dan bernama ibu kepada anak-anak aku mesti la menghormati agama, keluarga, aku dan dirinya sendiri.

Jadi ingatlah... 
Adam dijadikan untuk Hawa, dan Hawa dijadikan untuk Adam... kita sama2 beringat la, hidup dunia ni....
bukan aku nk mengajar tp utk belajar bersama2.... tiada yng sempurna melainkan Allah swt.... setiap orang ada salahnya sendiri, termasuklah aku....

Tuesday 24 January 2012

My 'BABY' crash for second time

Final Year Project....huhu...
-UAV for the surveillance mission. (the Motor, Battery, Propeller, Fuselage burned)
-have 2 submit report by tomorrow.

-first Fight Test(pic of fuselage by Fiber Glass)


-second Flight Test(pic of fuselage by foam)

*Third one-coming soon....

FaceBook@RBook

SELAMAT DATANG KE R-BOOK.....

Sebenarnya, antara sebab aku create this blog adalah aku telah tutup account FaceBook... banyak sangat benda yang buat aku xselesa dengan FB... tapi since aku da ada blog so, banyak 'art' yang ada dalam otak aku ni aku curah kat blog ni nanti... InsyaAllah....

so, aku buka la 'laman buku' aku sendiri... huhu....

di sini aku adalah aku... aku rasa bebas tanpa batasan... yang penting aku adalah diri aku di blog, xperlu nak hipokrit atau berlakon. Aku dah penat dah 'berlakon' dalam hidup aku untuk 'film' yang menunggu saat untuk
'ditayangkan'......

InsyaAllah, semoga apa yang akan aku kongsi kat sini, akan bagi kebaikan pada semua..... ;)


bertahta di hati Vs boleh pergi mati

sound like serious but it only the opinion of LOVE.

Cinta boleh buat orang buta. BUTA HATI, BUTA MATA... aku tak nak membuka ak punya blog ni dengan cinta 'jiwang'. It's like tipikal Melayu, 'aku cinta padamu, kau adalah segalanya'... or 'cinta kamu, rindu kamu'. Tetibe aku teringat video Matlutfi kat youtube base on his perception on Cinta in Malay view... BUSSSZZZZ!!!!... tapi itu dia, bagi aku CINTA adalah GILA... kau yang bertahta di hati dan kau jugak boleh pergi mati....

Bagi aku 'ruang' cinta ni adalah luas, tapi CINTA HAKIKI padaNya akan kekal untuk selamanya... CINTA SEJATI hanya milik darah daging aku... CINTA MURNI percaturan masa antara sesama insan yang rapat dengan aku... CINTA DATANG DAN PERGI adalah cinta yang bertahta di hati dan boleh pergi mati...

Aku sangat tak faham dengan sesetengah orang yang tak boleh hidup tanpa cinta kekasih. Sanggup menangis sebab gaduh ngan kekasih (kata bajet macho tp.... lembek ngan pompuan-camna nk jaga dia kalu kau sendiri pn lembek?).... Resah sebab takde kekasih atau malu sebab ada kekasih yang 'xsempurna'... ni satu lagi, aku xfaham la, kau mencari kekasih nak tunjuk kat orang ke nak buat isteri yang sehidup semati???... itu antara persoalan yang selalu bermain di minda aku... huhu....

Perempuan adalah secantik kejadian di bumi ni, pada aku-mereka adalah permata yang tidak ternilai dan sangat istimewa...(Perempuan selain dari CINTA SEJATI aku la) Mereka perlu dihormati dengan kasih sayang  dan cinta seorang lelaki yang ikhlas, dan yang paling penting adalah kasih sayang dan cinta ini haruslah 'HALAL'... so far, i think xde lagi yang pernah buat aku jumpa seorang perempuan yang tahu hormati diri dia untuk memberi ruang pada aku untuk menghormati dia.... istilah hormat pada aku, besar pengertiannya... xsemestinya dia pakai tudung, atau baju kurung dia dah cukup hormat pada diri. HORMAT yang aku cari adalah, apabila seorang perempuan itu menjaga percakapannya, perlakuannya, nafsunya... tak perlu agresif utk mendekati seorang lelaki tapi cukup dengan lembut pada hati...

Cinta yang hanya bertahta di hati adalah cinta yang mempunyai rasa hormat pada diri, dan juga pasangannya. Hormat mampu menepis nafsu kita dan juga godaan syaitan... InsyaAllah....

Tidak dinafikan ramai perempuan yang aku pernah terpikat... sehingga ada yang aku rasa dia adalah orang yang paling sesuai untuk aku dan sangat menghormati aku, tapi Dia Maha Mengetahui.... apa sahaja yang kita lakukan di dunia dan di akhirat adalah berlandaskan kekuatan iman kita... kita harus kuat untuk melawan nafsu dan godaan syaitan....

Jadi, kita harus tahu siapa yang BERTAHTA DI HATI KITA dan siapa yang BOLEH PERGI MATI untuk selamanya........

Monday 23 January 2012

Assalammualaikum.....
Hi, everyone... i'm new here, hope we can be the good friends.... ;)