Saturday 12 May 2012

Al-Fatihah buatmu

Tika insan mengulit mimpi
belayar melayan fantasi
aku bangkit tanpa niat

sepi sunyi malam mengecilkan hatiku
kenangan bersamanya menusuk kalbuku
adalah benar realiti hari ini?
aku sudah kehilangan dia?

aliran mata bukan salah
bingkisan sebak tidak ku endah
rupanya ia telah terlukis
bangunku bukan sia-sia

basuhan suci aku angkat bersama niat
hati aku merah bak ditumbuk
lantas aku mengangkat takbir

hatiku bertanya
kenapa takbirku berteman mutiara mata
mindaku terus dipukul tika
wajah dia
suara dia bermain di jiwa

selesai sudah aksi beralas kalimah Yang Maha Esa
kini ku teruskan dengan sebutan naskhah cinta
Surah Yasin menjadi hadiah kata
satu-satunya pengikat kita dan Dia

selamat bersemadi Bonda
beradumu bukan untuk waktu yang lama
akan aku datang berteman mereka
agar kita selama akan bersama
Al-fatihah kasih buatmu Ibu...

p/s:Istimewa buat Arwah ibuku(Hjh. Che Yam bt Mat Il)... Selamat Hari Ibu... semoga dia ditempatkan dikalangan kekasih-kekasihMu Ya Allah swt....

Monday 7 May 2012

Meratah bangsa

tersentap aku menatap muka kertas
setiap hati basah bermandikan darah
pelbagai babak berbagai lakonan
aku hanya berdiam pendam

mengapa 'mereka' menghias hanya 'rumah'
tidak tahu kah 'mereka' isi dalamnya penuh nanah?

jika ditegur melenting suara
jika dilarang membunuh luka

adakah 'mereka' buta akan dunia kita?
ataupun BODOH bersalut BEBAL?
kemana bangsa?agama?
bila ego beraja di jiwa

nak dinasihat 'mereka' lebih mengerti
nak ditentang hanya teguh pendirian diri
maka hanyutlah kita
menunggu masa untuk 'binasa'

bila darah tumpah bukan di tanah jua!!!...
habis bangsa, agama, negara diratah 'mereka'!!!

p/s: fikirkan disebalik setiap kata-kata. sedih membaca surat khabar setiap hari, dibanding dengan mentaliti org yg 'berkuasa'.huhu

Friday 4 May 2012

Gimik Celpad

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mempersembahkan gimik untuk program Celpad(Kulliyyah Bahasa) di universiti aku. Kali ini aku menggabungkan 2 elemen iaitu tarian dan seni mempertahankan diri. tajuknya adalah 'CITRA CINTA'... ini adalah program terakhir untuk aku sebelum sem depan.(selain untuk menghantar penyertaan untuk Festival Filem n Video Pelajar). walaupun kami hanya berlatih hanya untuk 3 hari segalanya berjalan lancar. hari ke2 latihan kaki ak kejang.huhu.tapi alhamdulillah, masa hari kejadian semua berjalan lancar. ini antara gambar mereka yang terlibat. Tq: Zhaf, Farid, Zubir, Fakhrul, Aizan, Zikry, Rams dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.

 tengah menggunting baju-baju....
 sesi make-up....
 Zhaf...
 Aizan....
 aku....
 Fakhrullah...
 Rams...
Zikry...

aku terima

Sekali kau melangkah
ibarat separuh jiwa itu emas
dan separuh lagu ibarat lumpur
...aku terima.

Setiap kali ia merubah
segala sanubari akan meruntun
itu ibarat rasa
rasa yang bermain dengan kata
...aku terima

Kini kau tiada yang sengsara
kini kau tidak bergoyang lagi
tenang bak sungai diulit bayu senja
tapi ingat pasti akan ada gelombang sang bedal

Hanya berguna tika 'bodoh'
Hanya nampak tika 'gila'
Hanya rasa tika duka
...aku tetap terima

kerna itulah lumrah manusia.

Haus Jiwaku

Bertapak-tapak aku melangkah
jauh meninggalkan waktu semalam
yakin tanpa cela yang melintang
berani terus dan terus berdiri
tapi....

haus juga jiwaku
disaat dia, mereka merasakan beban yang berpadu
penuh dengan luahan hati yang kelu
aku dapat rasakan sedikit tekanan pada kata

aku mula lemah
tiada lagi yang menjadi impianku
tiada lagi yang tinggal dalam jiwaku
dan akhirnya aku sendiri

aku bodohkan diri untuk ia
aku matikan naluri untuk ia
tiada apa lagi yang tinggal
selain hampa

'Jangan pernah menyesal terhadap apa yang telah kamu lakukan'
kini tinggal kata
kata yang bermandikan darah luka
aku takut ia akan terjadi...
...tapi,ia telah terjadi.

tiada lagi aku
tiada lagi kita
hanya tinggal kamu
kau dan mereka...
dan aku haus berjiwa kaku.