Thursday 22 March 2012

Sinopsis Teater 'LAYAR HITAM'


Teater “Layar Hitam” ini mengetengahkan tema kemanusiaan. Masalah semasa yang dihadapi oleh kita yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat menjadi medium penyampaian kepada teater ini.Sebagai pengenalan, seorang lelaki lembut menceritakan kehidupannya yang dipandang serong oleh segelintir masyarakat sehingga hasratnya untuk berubah ditangguhkan. Cerita ini diteruskan dengan kehadiran seorang ibu yang terlalu teruja dengan kerjanya sebagai seorang setiausaha sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Teater ini disambung pula dengan kehidupan seorang pelajar yang berasa dirinya sunyi kerana ibubapanya sibuk dengan kerja seharian, sehingga memaksanya melakukan perkara yang tidak baik. Kisah keinginan seorang suami mualaf yang terlalu obses terhadap kehadiran anak setelah 5 tahun berkahwin, antara penggerak kepada teater ini. Kesemua masalah yang dihadapi oleh lelaki lembut, ibu, pelajar, dan suami dikaji secara terperinci oleh seorang doktor pakar sakit jiwa. Tetapi disebalik profesionalnya seorang doktor, Dr Kamal mempunyai rahsia yang besar dalam hidupnya. Apakah rahsia itu? Apakah agenda Dr Kamal?Siapakah sebenarnya penyelamat kepada semua masalah ini? Saksikan teater “Layar Hitam”

Tajuk: Layar Hitam
Masa: 8.00 malam
Tarikh: 28/3/2012
Tempat: Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
MASUK ADALAH PERCUMA!!!!!

No comments:

Post a Comment