Sunday 19 February 2012

Boneka

Masalah?
aduh... masalah ini, masalah itu
perlukah aku bermasalah lagi?
masalah boleh jadi salah
eemmm... aku yang berpaling tadah


aku membuka tanpa menutup
aku bersedia tapi mengalah
betulkah, pasrah itu menyerah?
ataupun aku salah


duit bukan saksi
kau kaya aku miskin
kau hina aku keji
akhirnya tinggal yang 'terpuji'


kita bukan boneka
ditolak ke sana kita lemas
ditarik ke sini kita mati


BERHENTI!!!!!!!
KITA BUKAN BONEKA!!!!
cuba menilai dari jarak yang pasti
dari landasan yang terperinci
adakah pasti kita harus bermasalah?


letakkan iris kita pada titik damai
damai yang menghadiahkan ketenangan
ketenangan yang menguji kesabaran
dan diselesaikan dengan penyelesaian


tidak salah untuk bersalah
asalkan tidak menyerah
pasti ada risalah kita pelajari 
masalah bukan bencana
bukan pula bahagia
namun ia titik pertemuan
antara semalam, hari ini dan esok

Situasi: kat bilik-da nk tidur, sok ada kuiz Quality Control-nanti nk bgn awal untuk sambg stdy.
Masa: 1.41a.m
Tarikh: 20 Febuari 2012
Intipati: marilah kita sama-sama belajar sesuatu daripada kesilapan dan masalah yang kita, kerana pasti ada  hikmat disebalik setiap apa yang berlaku ke atas kita. Allah SWT Maha Mengetahui.... ;)

No comments:

Post a Comment