Tuesday 7 February 2012

Sunyi

pagi yang hening buat aku terjaga
bukan kerana sejuk
bukan pula kerana panas
hanya menikmati suara yang bernama Sunyi

biar bunyi kipas mengiring angin ke tubuhku
namun aku tetap sunyi
sepi tanpa kata
diam tak berbicara

baru aku tahu nikmatnya Sunyi

sejak itu, aku selalu rindukan Sunyi
jika dulu otakku banyak benda untuk dikeluarkan
tapi sekarang semakin berkurang
semakin hilang

aku tidak takut lagi dengan Sunyi
selesa bercakap dengan hati
bukan bererti aku mati
jauh sekali memencil diri
cuma melayan nafsu pengganti

diam tidak bermakna bodoh
itu yang sentiasa menarik perhatian deria jiwaku

kini aku sedari
tiada siapa suruh aku berbunyi
tiada siapa memaksa aku menari
hanya aku...
...hanya aku fikirkan yang tak menghargai

Sunyi... Sunyi... Sunyi...
mengikat hatiku yang sepi...

*terfikir, sebelum ni aku banyak bercakap untuk membuatkan orang di sekeliling aku selesa dengan aku. aku  tak kisah kalau perangai aku itu menampakkan ketidakmatangan aku. tapi aku seperti dipandang sinis. tak bermakna aku menyesal dengan apa yang aku telah lakukan tapi aku juga akan berubah mengikut masa dan waktu.

No comments:

Post a Comment