Monday 7 May 2012

Meratah bangsa

tersentap aku menatap muka kertas
setiap hati basah bermandikan darah
pelbagai babak berbagai lakonan
aku hanya berdiam pendam

mengapa 'mereka' menghias hanya 'rumah'
tidak tahu kah 'mereka' isi dalamnya penuh nanah?

jika ditegur melenting suara
jika dilarang membunuh luka

adakah 'mereka' buta akan dunia kita?
ataupun BODOH bersalut BEBAL?
kemana bangsa?agama?
bila ego beraja di jiwa

nak dinasihat 'mereka' lebih mengerti
nak ditentang hanya teguh pendirian diri
maka hanyutlah kita
menunggu masa untuk 'binasa'

bila darah tumpah bukan di tanah jua!!!...
habis bangsa, agama, negara diratah 'mereka'!!!

p/s: fikirkan disebalik setiap kata-kata. sedih membaca surat khabar setiap hari, dibanding dengan mentaliti org yg 'berkuasa'.huhu

No comments:

Post a Comment