Saturday 28 January 2012

Akar atau Buah?

Broom... broom...
kuda berkaki dua lari seperti selalu
menjeling pada aku yang berbumbung hentian gajah keluli

kumpulan binatang berenjin, pantas menyapa
berkejaran mengikut litar bumi kota
terbenam di setiap saraf otakku
adakah jalan pintas untuk aku berlari seperti mereka?

aku masih kecil
masih diberi susu
tapi benak hati bereformasi
meminta untuk didewasakan

berpegang pada dua ranting pohon
bukan semudah 123
daun selari lurus sampai ke akar daging
pucuk jemari bercabang, meranum menuju buah

akar atau buah?
yang mana pilihan sebenar?
berserah pada yang Maha Karya Cinta

masa: 11.00 pagi
tempat: pondok hentian bas RapidKL universiti
situasi: menuju ke pejabat untuk menyiapkan FYP

No comments:

Post a Comment