Saturday 28 January 2012

Persamaan Keramat

satu persamaan...
bukan persamaan musuh pada perbezaan
persamaan pada bendalir bernama kimia

adilnya bak zarah halus
tidak terpandang iris kasar
setimpal dengan durasi sekarang
namun, jauh menyempang dari organasasi semasa
kerna nyanyuk jiwa
angkara legam dibawa barat

satu dibalas dengan sepuluh
satu dibalas dengan pemadam sepuluh coretan pensel
satu dibalas dengan sepuluh pangkat tentera di dada

hanya dengan satu
satu PERSAMAAN KERAMAT
penentu matlamat

* diilhamkan dari Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim
Rasulullah saw bersabda:
"Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah swt berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah swt menghapuskan sepuluh kesalahan(dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya."

No comments:

Post a Comment